in

TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DAN SEMAKAN STATUS BAYARAN PERTAMA OGOS 2021

tarikh pembayaran i-citra

TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DAN SEMAKAN STATUS BAYARAN PERTAMA OGOS 2021

Jika anda adalah salah seorang daripada pemohon i-Citra kini anda sudah boleh membuat semakan status kelulusan serta mendapatkan tarikh bayaran pertama i-Citra.

Pembayaran akan dibuat mulai bulan Ogos dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan dan ia bergantung kepada baki dalam akaunanda.

Bagaimana caranya untuk membuat semakan pembayaran dan melihat jadual pembayaran yang telah ditetapkan?

CARA SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Berikut merupakan cara semakan tarikh pembayaran i-Citra menggunakan portal web :

  1. Masuk ke portal rasmi : https://www.kwsp.gov.my/en/home
  2. Tekan Login
  3. Sila pilih Login i-Akaun
  4. Masukkan User ID anda
  5. Masukkan Password anda
  6. Tekan Login
  7. Klik pada Menu Withdrawal History
  8. Sila klik i-Citra
  9. Tarikh dan Jadual Pembayaran Pertama di paparkan.

Baca juga : Cara Memohon PSU 4.0

SEMAKAN TARIKH BAYARAN i-CITRA MENGGUNAKAN APLIKASI

Berikut merupakan panduan cara semak melalui aplikasi :

  1. Download Apps i-Akaun – IOS atau ANDROID
  2. Buka Apps I-Akaun
  3. Lihat di bawah sekali bahagian kiri anda
  4. Tekan i-Citra
  5. Pilih dan tekan Semak Status Permohonan
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  7. Isi Nombor Telefon anda
  8. Tick Saya Bukan Robot
  9. Tekan SEMAK STATUS
  10. Status permohonan anda berserta tarikh pembayaran akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
tarikh pembayaran i-citra

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan
mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

MAKLUMAT LANJUT

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra :

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara memohon psu 4.0

CARA MEMOHON PSU 4.0 SERTA SEMAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

contoh surat rasmi rayuan ke matrikulasi

CONTOH SURAT RASMI RAYUAN KE MATRIKULASI 2021 DAN 2022 : FORMAT SERTA PANDUAN MENULIS UNTUK PERMOHONAN