in

CARA MEMOHON PSU 4.0 SERTA SEMAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

cara memohon psu 4.0

CARA MEMOHON PSU 4.0 SERTA SEMAKAN PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM SUBSIDI UPAH.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri telah bersetuju untuk melanjutkan di bawah inisiatif PEMULIH dengan memberi tambahan bantuan Program Subsidi Upah 4.0 seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah melaksanakan 3 kali Program Subsidi Upah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 bilion dan melibatkan 2.7 juta pekerja.

Untuk bantuan PSU 4.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka mensasarkan 242,000 majikan dan akan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Di bawah kami sediakan panduan untuk memohon program PSU 4.0 ini.

Cara Memohon PSU 4.0

Sila ikuti langkah di bawah cara memohon PSU 4.0 :

  1. Masuk ke laman web : https://psu.perkeso.gov.my/
  2. Tekan Pilihan Permohonan PSU 4.0
  3. Klik Senarai Sektor dan Aktiviti Industri dan Sila pilih sektor manakah syarikat anda beroperasi dan jenis aktiviti perniagaan anda jalankan.
  4. Jawab YA atau TIDAK untuk soalan di bahagian Borang Permohonan Jika anda menjawab YA, sila masukkan Nombor Rujukan dan Email yang didaftarkan sebelum ini. Jika anda menjawab TIDAK, sila pilih Negeri Operasi dan Masukkan Kod Majikan.
  5. Tekan Seterusnya
  6. Isi Maklumat yang diperlukan dengan betul
  7. Muat naik Dokumen Sokongan
  8. Sila tekan Hantar jika anda berpuas hati dengan maklumat yang ada sediakan

Senarai Dokumen Sokongan Untuk Memohon Program Subsidi Upah 4.0

Senarai Dokumen Sokongan yang diperlukan adalah seperti di bawah :

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.

Baca juga : CARA SEMAKAN PERMOHONAN PSU 4.0

Berapakah bilangan pekerja yang boleh tuntut PSU 4.0?

Pihak majikan boleh menuntut sehingga 500 orang pekerja .

Berapakah bayaran subsidi upah PSU 4.0?

Jumlah bayaran subsidi upah adalah RM600 untuk setiap pekerja.

Bagaimanakah cara memohon Program Subsidi Upah 4.0?

Sila rujuk artikel di dalam website ini.

Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 4.0 PEMULIH?

Tarikh akhir permohonan PSU 4.0 PEMULIH adalah pada 31 Oktober 2021.

Berapa Nombor Customer Service PERKESO?

Jika anda ingin membuat pertanyaan dan persoalan sila hubungi pihak PERKESO di 1-300-22-8000.

Syarat Permohonan PSU 4.0 PEMULIH

Syarat-syarat untuk memohon PSU 4.0 PEMULIH adalah seperti berikut :

Kadar Penurunan Pendapatan atau JualanKadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau
pendapatan bulanan tahun 2021 berbanding dengan manamana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan
wabak COVID-19.
Pendaftaran Majikan1. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
2. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Jun 2021.
Syarat PSU 4.0

Semoga pihak anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan jika mempunyai sebarang masalah sila hubungi pihak PERKESO melalui khidmat pelanggan mereka.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Kepada pihak yang berkenaan,
    Dimaklumkan bahawa kadar sebanyak RM600 pekerja diberikan kepada majikan dan maklumat subsidi hanya perlu dimasukkan ke dalam slip gaji setiap pekerja dan bukan maksub lebihan tambahan bagi pekerja RM 600 bagi setiap pekerja ? Sebab kami ingin memastikan situasi yang betul sebelum mengeluarkan gaji pada akhir bulan August 2021.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara daftar ssm online ezibiz

CARA DAFTAR SSM ONLINE EZIBIZ SEPANJANG TEMPOH PKP 2021

tarikh pembayaran i-citra

TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DAN SEMAKAN STATUS BAYARAN PERTAMA OGOS 2021