in

JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN : PANDUAN DAFTAR KAHWIN DI MALAYSIA

JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN : PANDUAN DAFTAR KAHWIN DI MALAYSIA

Di bawah akta membaharui undang-undang (perkahwinan dan perceraian) 1976 [akta 164], wajib bagi pasangan yang bukan beragama islam untuk mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia. Permohonan lesen atau persetujuaan perkahwinan ini boleh di pohon di Jabatan Pendaftaran Negara.

Di sini dikongsikan cara untuk mendaftar perkahwinan di Malaysia.

Baca Juga : CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan

JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

KENAPA PERLU DAFTAR PERKAHWINAN JPN BERLESEN

  • Pendaftaran perkahwinan di bawah Akta 164 adalah WAJIB bagi semua Warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.
  • Kelulusan lesen yang dinyatakan di bawah perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan iaitu:
  • Lesen perkahwinan bagi pihak-pihak yang mempunyai tali persaudaraan yang dilarang (JPN.KC01A).
  • Lesen perkahwinan tanpa memerlukan notis perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan dibawah subseksyen 21(1) (JPN.KC01C)
  • Lesen dibawah subseksyen 21(2) (JPN.KC01D).
  • Manakala bagi Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (JPN.KC01E) perlu dikemukakan selepas permohonan pendaftaran perkahwinan dibuat di JPN.
  • Lesen dibawah subseksyen 21(3) (JPN.KC01E).
  • Bagi permohonan perkahwinan yang memerlukan persetujuan perkahwinan di bawah subseksyen 12(1) (JPN.KC01B) perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan.

JENIS DAFTAR PERKAHWINAN BERLESEN

Berikut adalah merupakan jenis pendaftaran perkahwinan berlesen:

  1. LESEN JPN.KC01A – Perkahwinan Tali Persaudaraan Di Larang
  2. LESEN JPN.KC01C – Lesen perkahwinan tanpa memerlukan notis perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan di bawah subseksyen 21(1) – tanpa pamer
  3. LESEN JPN.KC01D – Perkahwinan bagi pasangan perempuan berumur genap 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun mengikut subseksyen 21(2)
  4. LESEN JPN.KC01E – Lesen perkahwinan di luar pejabat pendaftar

KADAR BAYARAN DAFTAR PERKAHWINAN JPN BERLESEN

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap jenis permohonan lesen:

  • LESEN JPN.KC01A – RM2.00 sekiranya diluluskan.
  • LESEN JPN.KC01C – RM100.00 sekiranya diluluskan.
  • LESEN JPN.KC01D – RM10.00
  • LESEN JPN.KC01E – RM500.00 sekiranya diluluskan.

JPN MARRIAGE REGISTRATION PROCEDURE

CARA DAFTAR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

Untuk membuat permohonan daftar perkahwinan berlesen, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda
  2. Pastikan anda mematahui syarat dan membawa dokumen yang diperlukan beserta kadar bayaran
    Rujuk: Semakan Syarat & Dokumen Diperlukan Daftar Perkahwinan
  3. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai JPN sehingga urusan anda selesai

UNTUK RUJUKAN

Untuk mengetahu dengan lebih lanjut mengenai cara daftar perkahwinan JPN, sila layari website rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan https://www.jpn.gov.my/my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ETS ONLINE TICKET BOOKING

ETS ONLINE TICKET BOOKING : CARA BELI TIKET ETS

PANDUAN TUKAR NAMA KERETA

PANDUAN TUKAR NAMA KERETA ONLINE : KERETA HABIS BAYAR TANPA PERLU KE JPJ