in

CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR: Panduan Mudah Niat Jamak Qasar Ketika Bermusafir

CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR

CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR: Panduan Mudah Niat Jamak Qasar Ketika Bermusafir.

Maksud Solat Jamak

Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Maksud Solat Qasar

Solat qasar merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) menjadi dua rakaat sahaja.

Solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. solat maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Baca Juga Disini : CARA MEMOHON KAD PENGENDALIAN MAKANAN ISLAM: 

CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR: Panduan Mudah Niat Jamak Qasar Ketika Bermusafir.

Apakah yang perlu kita niat setelah keluar rumah?

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah dan digunakan ketika 3 hari bermukim iaitu:

“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.

Musafir adalah diharuskan untuk mengerjakan solat secara Qasar dan Jamak sekaligus. Kaedahnya sama sahaja seperti solat Jamak, kecuali ianya ditambah Qasar sahaja.

Contoh:

  • Zohor (2 rakaat) & Asar (2 rakaat); atau
  • Maghrib (3 rakaat) & Isyak (2 rakaat)

Jamak Qasar terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Jamak Qasar Taqdim
  • Jamak Qasar Taqdim iaitu Jamak Takdim dan di qasarkan (dipendekkan)
  • Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.
    Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
  • Niat untuk sembahyang Zuhur ialah

“Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

  • Niat untuk sembahyang Asar pula ialah

“Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak Takhir dan di qasarkan (dipendekkan)

  • Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir.
  • Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:

“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”

  • Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.
  • Niat untuk sembahyang Asar ialah

“Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

  • Niat untuk sembahyang Zuhur ialah

“Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Cara jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:

        2. Jamak Qasar Takhir

  • Jamak taqdim dan di qasarkan (dipendekkan)
  • Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
  • Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

  • Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

  • Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan)
  • Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir.
  • Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir

“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu Isyak”

  • Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

  • Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, Semoga bermanfaat dan membantu anda dalam menambah ilmu pengetahuan.

Baca juga mengenai : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN RUMAH PPRT

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2022 (CARA DAN SYARAT UNTUK MEMOHON)