in

CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE (NAMA PEMILIK BARU/PENYEWA)

CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE

CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE (NAMA PEMILIK BARU/PENYEWA)

Sekiranya anda pemilik premis yang ingin untuk menukar nama pemilik akaun (pengguna berdaftar) kepada nama penyewa premis melalui proses Change of Tenancy (COT) agar penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bil elektrik, anda kini boleh membuat secara manual dan online.Bagaimana cara tukar nama bil elektirk? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Baca Juga: KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH: Panduan Takwim 2022

CARA TUKAR NAMA BIL TNB ONLINE (NAMA PEMILIK BARU/PENYEWA)

Proses tukar nama tnb adalah satu aktiviti untuk ‘create’ akaun tnb khusus kepada pengguna atau penyewa yang sebenar. Dengan ini, orang yang menggunakan eletrik tersebut perlulah bertanggungjawab di atas pengunaan elektrik seperti membayar tepat pada waktunya dan kos-kos lain yang berkaitan dengan TNB

KENAPA PERLU TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK

Melalui langkah ini, pemilik premis dapat mengelak daripada menanggung tunggakan bil elektrik yang ditinggalkan penyewa sekiranya berlaku, dengan permohonan pertukaran nama perlu dilaksanakan oleh penyewa premis yang akan menandatangani kontrak baharu dengan TNB.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan antaranya seperti berikut:

  1. Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
  2. Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (sekiranya menyewa)
  3. Salinan IC penyewa
  4. Salinan IC pemilik
  5. Cop syarikat sekiranya menyewa atas nama syarikat

CARA TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)

Terdapat dua cara untuk tukar nama bil elektrik, iaitu secara online dan manual. Berikut adalah caranya:

Tukar Nama Bil Elektrik Secara Online

1.Layari pautan https://www.mytnb.com.my/
2.Bagi penguna kali pertama anda harus daftar terlebih dahulu:

  • Klik pada New here? Register now!
  • Masukkan butiran maklumat yang diperlukan (Nama/No Kad
  • Pengenalan/NoTelefon/Email/Kata Laluan)
  • Tick pada terms of use and policies.
  • Seterusnya klik pada Create Account.
  • Masukkan no OTP yang anda terima di pada no yang anda isikan tadi, klik
  • Akan terkeluar Pop Up pendaftaran anda berjaya, klik ok
  • Anda akan terima link pengaktifan di email anda, klik link tersebut

3.Setelah selesai proses pendaftran di atas, LOG MASUK akaun anda utk proses tukar nama
4.Pilih I am moving in untuk create account TNB baru.
5.Isi butir – butir alamat premis yang anda akan duduki berpandukan bill elektrik berdekatan
6.Maklumat tentang permis tersebut akan dipaparkan.
7.Teliti semua maklumat, kalau semua betul, anda boleh teruskan ke langkah berikut.. Tekan ‘next’
8.Isikan maklumat berkaitan yang diperlukan
9.Muat Naik dokumen yang berkaitan
10.Proses permohonan & penghantaran dokumen selesai.
11.Selepas permohonan anda di teliti oleh pihak TNB dan diluluskan, anda akan menerima email      yang mengandungi “Demand Letter” dari pihak TNB. Surat ini bertujuan untuk memberikan detail    bayaran yang perlu anda buat sebelum proses penyambungan elektrik di lakukan ke kediaman anda.
12.Anda boleh membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di Kedai TNB atau boleh buat secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.
13.Selepas pembayaran, anda akan menerima emel pengesahan dan kelulusan akaun anda.
14.Selesai

CARA TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru) Secara Manual

Pergi mana-mana cawangan TNB berhampiran anda.
Isikan borang tukar nama, masukkan maklumat yang diperlukan
Buat pembayaran dan urusan tukar nama selesai.

SOALAN LAZIM

Apakah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh owner lama dan owner baru?

  • Tanggungjawab owner lama ialah tutup akaun beliau (dapat balik deposit) dan inform owner baru bila urusan beliau telah selesai.
  • Tanggjungjawab owner baru, mohon semula menggunakan no akaun owner lama.
  • Permohonan ini boleh dibuat secara online di www.mytnb.com.my

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjt dan pertanyaan mengenai tukar nama Bil Elektrik, anda boleh:

Layari web rasmi TNB: mytnb.com.my
Hubungi TNB careline: 1-300-88-5454

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH

KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH: Panduan Takwim 2022

CARA DAFTAR AKAUN LUNO MALAYSIA

CARA DAFTAR AKAUN LUNO MALAYSIA: Panduan Buka Akaun Luno Dan Cara Guna