Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search

You are here:

  1. Home
  2. INFO
  3. MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU
in INFO

MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU

January 26, 2022, 9:20 pm

MySPR
Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU

Untuk makluman semua, pendaftaran pengundi baharu dan tukar alamat kawasan mengundi kini boleh dibuat melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara online.

Mengundi sudah menjadi hak atau tanggungjawab setiap warganegara yang layak untuk pilih kerajaan memerintah melalui pemilihan wakil rakyat.

Sebelum boleh mengundi, anda perlu mendaftar nama sebagai pemilih terlebih dahulu, kerana anda tidak boleh mengundi sekiranya belum berdaftar sebagai pemilih.

Baca juga disini: TEDUH KPKT GOV MY : PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK B40 TAHUN 2022

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021

DPT BLN12/2021 boleh disemak melalui kaedah berikut:

  • Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  • Aplikasi mudah alih MySPR Semak;
  • Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

TUNTUTAN

Dalam tempoh semakan ini, boleh kemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C sehingga 31 Disember 2021

  • Warganegara umur 18 tahun ke atas, atau;
  • Pemilih berdaftar yang mohon tukar bahagian pilhan raya atau;
  • Pertukaran status/kategori pengundi yang tiada nama dalam DPT BLN12/2021
  • Bagi mana-mana pemilih yang ada nama dalam DPT BLN12/2021 tetapi ada kesilapan kawasan daftar

TUNTUTAN boleh dibuat secara online di MySPR atau pergi ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan

BANTAHAN

Dalam tempoh semakan, mana-mana pemilih yang ingin membuat BANTAHAN kemasukkan nama pemilih boleh buat pertukaran dengan mengisi Borang D

  • Seorang pembantah tidak dibenarkan bantah melebihi 20 nama
  • Dengan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah
  • Pembantah perlu hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan untuk kemukakan Borang D serta bayaran

Cara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak)

  1. Pergi ke Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  5. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Di IC Secara Manual

Kemaskini alamat pada MyKad boleh dibuat dengan pergi ke mana-mana pejabat JPN dengan bawa dokumen sokongan berkaitan

Cara Daftar Mengundi Online Melalui MySPR Daftar

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna

  1. Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
  2. Klik pada Permohonan Akaun Baru
  3. Maklumat yang diperlukan untuk buka akaun MySPR seperti berikut:
  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.

Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna

  1. Anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online selepas akaun disahkan.
  2. Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Langkah 3: Isi Borang A

  1. Selepas berjaya login, klik Status Saya.
  2. Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  3. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang Hantar.

Butiran Lanjut

Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di

No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

You May Also Like

  • SEMAKAN PENDAFTARAN PEMILIH DAN TUKAR TEMPAT MENGUNDI MySPR

    SEMAKAN PENDAFTARAN PEMILIH DAN TUKAR TEMPAT MENGUNDI MySPR

  • BANTUAN KAHWIN SELANGOR

    BANTUAN KAHWIN SELANGOR 2022 : CARA MOHON INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR

  • cara daftar kt online

    Cara Daftar KT Online Untuk Permohonan Baru Dan Semakan Baki Serta Dividen Koperasi Angkatan Tentera

  • UPU ONLINE 2022

    UPU ONLINE 2022 : CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KURSUS PROFESIONAL 2022

KURSUS PROFESIONAL 2022 KHAS UNTUK PENCARUM SIP PERKESO

BAYAR PTPTN GUNA KWSP

BAYAR PTPTN GUNA KWSP : AKAUN 2

Artikel Popular

  • CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR

    CARA SOLAT JAMAK ZOHOR ASAR JIKA BERMUSAFIR: Panduan Mudah Niat Jamak Qasar Ketika Bermusafir

  • SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE

    SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)

  • RAYUAN BKM

    RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN

  • SOALAN CONTOH UPKK 2022

    SOALAN CONTOH UPKK 2022 (CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN UPKK)

  • BANTUAN SUBSIDI CARSEAT

    BANTUAN SUBSIDI CARSEAT 2022 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK

2021 Portal Semakan Keputusan

  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penafian
Back to Top
Close
  • BANTUAN
  • INFO
  • SEMAKAN
  • PERMOHONAN
  • MATRIKULASI
  • AGAMA
  • TIPS
  • RENEW ROADTAX