in

CARA SEMAK SAMAN POLIS: MELALUI ONLINE ATAU SMS 2022

CARA SEMAK SAMAN POLIS

CARA SEMAK SAMAN POLIS: MELALUI ONLINE ATAU SMS 2022

Di zaman yang serba canggih ini, semakan saman juga sudah boleh dibuat melalui atas talian. Bagi anda yang ingin menyemak saman JPJ, kini boleh dilakukan dengan mudah melalui online dan juga SMS.

Daripada biarkan saman terkumpul sebab tiada masa untuk bayar secara walk in, bolehlah buat semakan agar bayaran dapat dibuat terutamanya ketika tempoh ditawarkan diskaun atau promosi.

Disini kami akan berkongsi berkaitan cara untuk buat semakan saman melalui atas talian dengan mudah dan cepat.

Baca juga disini: PANDUAN BUAT LAPORAN POLIS SECARA ONLINE: Cara Report Pdrm Melalui Atas Talian

CARA SEMAK SAMAN POLIS: MELALUI ONLINE ATAU SMS 2022

Cara ini memang sangat membantu sebab anda tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.

Berikut akan diberikan maklumat dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah caranya:

Cara Semak Saman Polis Melalui Online

Layari laman web rasmi JPJ dan masukkan No IC atau No Plat Kenderaan di pautan: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis

Antara alternatif lain, anda juga boleh membuat semakan secara online melalui pautan-pautan dibawah:

  1. https://sso.rmp.gov.my/
  2. https://www.myeg.com.my
  3. https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan terlebih dahulu.

Cara Semak Saman Polis Melalui SMS.

Ada tiga cara untuk semak saman melalui SMS, iaitu:

1. Cara Pertama

Taip: POLIS SAMAN <Nombor pendaftaran/Plat kenderaan> hantarkan ke 32728.
Contoh: POLIS SAMAN DAT6032 hantar ke 32728

2.Cara Kedua

Taip POLIS SAMAN <No Plat kenderaan> dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN DAT6032 dan hantar ke15888

3.Cara Ketiga

Taip POLIS SAMAN <No Kad Pengenalan> hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

Semoga bermanfaat dan membantu anda yang ingin semak saman secara online supaya dapat jimat masa dan tenaga.

Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *