in

PANDUAN BUAT LAPORAN POLIS SECARA ONLINE: Cara Report Pdrm Melalui Atas Talian

PANDUAN BUAT LAPORAN POLIS SECARA ONLINE

PANDUAN BUAT LAPORAN POLIS SECARA ONLINE: Cara Report Pdrm Melalui Atas Talian

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan kemudahan kepada orang awam membuat laporan polis secara online melalui internet iaitu melancarkan laman portal e-reporting

Portal e-reporting ini telah pun dilancarkan pada Mei 2017 dahulu bagi memudahkan orang ramai membuat laporan polis terus dari rumah, tanpa perlu hadir ke balai. Ia juga merupakan antara inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Artikel ini kami akan kongsikan panduan untuk buat laporan polis secara atas talian dengan mudah dan cepat.

Baca juga disini: CARA LINK TOPUP TOUCH N GO SECARA ONLINE GUNA EWALLET TNG

PANDUAN BUAT LAPORAN POLIS SECARA ONLINE: Cara Report Pdrm Melalui Atas Talian

Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut cara untuk buat laporan polis secara online, sila rujuk dibawah:

Cara Buat Laporan Polis Atas Talian

Untuk mengakses portal e-reporting, pengguna perlulah mendaftar terlebih dulu. Bagi mereka yang pertama kali mengakses e-reporting, mereka bolehlah klik pada pautan Daftar Pengguna.

Selepas berjaya daftar diri, anda bolehlah mula mengakses laman e-reporting dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Selepas memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan, satu kotak dialog akan dipaparkan. Ia adalah sebagai pengesahan bahawa anda adalah berumur 18 tahun dan ke atas serta laporan yang akan dibuat tidak melibatkan unsur jenayah.

Kemudian, klik pada butang Sambung

3. Kemudian, akan dipapar satu lagi kotak dialog pilihan sebelum anda boleh membuat laporan polis. Untuk pilihan ini, anda tidak boleh menanda ditempat kes yang berunsur jenayah seperti curi atau rompakan, kemudian harus memilih petama kali berlaku dan tidak melibatkan pihak ketiga seperti gambar rajah di bawah

CARA BUAT REPORT POLIS SECARA ONLINE(e-reporting PDRM)

Ini kerana Portal e-reporting hanya membenarkan laporan yang dibuat bukan berunsur jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh polis seperti laporan hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari dari majikan.

Selepas selesai menanda bahagian ini, klik pada butang OK.

4. Selesai menjawab dan tanda soalan-soalan tadi, barulah anda dapat mengakses laman utama portal e-reporting. Laman muka pertama e-reporting memaparkan Butiran Peribadi iaitu maklumat peribadi anda yang telah dimasukkan ketika anda mendaftar.

Isi semula maklumat tadi pada laman untuk Log In ke di Butiran Pribadi

CARA BUAT REPORT POLIS SECARA ONLINE(e-reporting PDRM) (2) (1)

Untuk memulakan laporan, klik pada butang Seterusnya.

5. Butang Seterusnya akan membawa anda ke laman muka Butiran Kejadian.

CARA BUAT REPORT POLIS SECARA ONLINE(e-reporting PDRM) (2) (1)

 

Di sini anda perlu memasukkan butiran lokasi kejadian termasuklah lokasi, masa dan tarikh yang anda ketahui berlakunya keciciran Kad Pengenalan anda.

6. Seperti yang telah dimaklumkan, sistem e-reporting hanya menyokong lokasi di kawasan Balai Polis Kuala Lumpur sahaja. Bermakna, kes-kes yang berlaku di luar kawasan tersebut tidak boleh dibuat menerusi portal e-reporting.

Butiran

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke Portal Rasmi SISPAA PDRM

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.