in

Cara Semakan Saman Polis Trafik dan JPJ

SEMAK SAMAN POLIS JPJ

Cara Semakan Saman Polis Trafik dan JPJ

Cara Semakan Saman Polis Trafik dan JPJ Bagi sesiapa yang ingin menyemak saman JPJ, kini ianya bolehlah dilakukan dengan mudah melalui online dan juga SMS. Di zaman yang serba canggih ini, semakan saman boleh dilakukan hanya melalui atas talian (online) sahaja.

Berikut merupakan cara untuk menyemak saman JPJ secara online dan sms.

Baca juga: Diskaun saman jpj 70%

Cara semak saman JPJ

Berikut kami kongsikan cara untuk menyemak saman JPJ dan PDRM secara online dah jug SMS.

Layari laman web rasmi JPJ dan bolehlah memasukkan no IC ataupun no plat kenderaan.
Link : http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh membuat semakan pada pautan-pautan di bawah ini; (PERLUKAN PENDAFTARAN TERLEBIH DAHULU)

https://sso.rmp.gov.my/

https://www.myeg.com.my

Cara semak saman JPJ DAN PDRM secara SMS (sistem pesanan ringkas)

Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888

contoh : JPJ SAMAN 910611111111 atau JPJ SAMAN ABC2345P

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS <jarak>No ic ataupun no kad pengenalan
hantar ke 32728

Semoga anda dapat menyemak saman JPJ dan PDRM anda bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan mahkamah pada masa akan datang. Dan semoga anda tidak lagi membuat kesalahan jalanraya yang boleh mengakibatkan anda di saman sekali lagi.

Cara Semakan Saman Melalui online
Semakan saman secara online boleh dilakukan dengan melayari myeg,rilek, atau sso PDRM (link di dalam artikel)

Cara semakan saman menggunakan SMS.
Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888

Adakah terdapat sebarang diskaun saman sekarang?

PDRM dan JPJ juga ada menyediakan diskaun bayaran saman bersempena dengan sambutan hari tertentu seperti Hari Polis, Ulang tahun JPJ, Hari Bersama Pelanggan dan sebagainya di mana diskaun sehingga 50-70% ada ditawarkan. Namun kesalahan berikut tidak layak untuk mendapat diskaun bayaran saman :

a. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) & Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
b. Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
c. Saman Mahkamah
d. Saman melibatkan warga asing
e. Saman melibatkan lori

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.