in

SENARAI HARGA SAMAN 2022 (TRAFIK DAN JPJ)

SENARAI HARGA SAMAN 2022

SENARAI HARGA SAMAN 2022 (TRAFIK DAN JPJ)

Bagi pengguna jalan raya, sekiranya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan anda sudah tentu akan dikenakan saman. Semestinya anda ingin mengetahui kadar saman yang dikenakan bergantung pada kesalahan yang anda lakukan.

Disini kami kongsikan jenis kesalahan dan harga bagi saman polis trafik dan JPJ bagi tahun 2022, semoga membantu.

Baca Juga : CARA SEMAK SAMAN POLIS: MELALUI ONLINE ATAU SMS 2022

SENARAI HARGA SAMAN POLIS TRAFIK 2022

Berikut adalah jenis kesalah dan kadar harga saman polis trafik:

1. Kesalahan (A)

Jenis Kesalahan

  • Memandu laju ( Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
  • Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan.
  • Brek tidak efisyen.
  • Berhenti di petak kuning
  • Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’.
  • Gagal mematuhi lampu isyarat .
  • Tidak memakai tali pinggang keledar.
  • Memotong barisan ( potong Q )
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tiada lesen memandu

Kadar Saman Semua Jenis Kenderaan;

  • 1 – 15 HARI =RM150
  • 16 – 30 HARI =RM200
  • 31 – 60 HARI=RM300

2. Kesalahan (B)

Jenis kesalahan

  • Lampu tidak menyala.
  • Lampu brek tidak berfungsi.
  • Tidak memasang lampu.
  • Tidak memasang cermin sisi.
  • Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian.

Kadar saman Semua Jenis Kenderaan

  • 1 – 15 HARI =RM100
  • 16 – 30 HARI =RM150
  • 31 – 60 HARI=RM250

3. Kesalahan (C)

Jenis kesalahan

  • Lesen memandu tamat tempoh.
  • Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan.
  • Tidak membuat tukar milik.
  • Tidak mempamerkan plat ‘P’.

Kadar saman Semua jenis kenderaan

  • 1 – 15 HARI =RM70
  • 16 – 30 HARI =RM120
  • 31 – 60 HARI=RM150

4. Kesalahan (D)

Jenis kesalahan

  • Memandu laju ( melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan).
  • Pemandu teksi tidak menggunakan meter.

Kadar saman Semua jenis kenderaan

  • 1 – 15 HARI =RM300
  • 16 – 30 HARI =RM300
  • 31 – 60 HARI=RM300

SENARAI HARGA SAMAN JPJ 2022

Berikut adalah jenis kesalah dan kadar harga saman Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ):

1. Jenis Kesalahan

Berikut adalah jenis kesalahan

  • Tidak memakai topi keledar
  • Topi keledar tidak diikat selamat
  • Topi keledar tidak mengikut piawaian
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas had laju yang ditetapkan (kejara)

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 300
  • 16-30 hari: RM 30031-60 hari: RM 300

2. Jenis kesalahan

Berikut adalah jenis kesalahan

  • Meletak kenderaan di garisan berkembar
  • Meletak kenderaan di garisan lurus dan putus-putus

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 150
  • 16-30 hari: RM 200
  • 31-60 hari: RM 300

3. Jenis kesalahan

Berikut adalah jenis kesalahan

  • Meletak kenderaan di tempat yang menyebabkan bahaya
  • Meletak kenderaan berhampiran pili bomba kurang dari 10 kaki
  • Meletak kenderaan di hentian bas kurang dari 30 kaki
  • Meletak kenderaan di simpang jalan kurang dari 30 kaki
  • Meletak kenderaan di selekoh kurang dari 30 kaki
  • Berhenti di lintasan pejalan kaki
  • Pemandu letak kenderaan menghalang lalulintas-motosikal
  • Berhenti di petak kuning
  • Pandu perlahan di sebelah kanan jalan
  • Tidak pandu di sebelah kiri jalan
  • Tidak rapat kiri semasa membelok kiri
  • Tidak rapat kanan semasa membelok kanan
  • Tidak ikut lorong betul semasa hampir di simpang
  • Pusing u di tempat yang tidak dibenarkan
  • Tiada cdl
  • Membawa lebih daripada seorang penumpang
  • Menghalang lalulintas semasa memandu
  • Tidak beri laluan pada ambulan,bomba,polis,jpj,kastam
  • Tidak selenggara kenderaan dengan baik
  • Topi keledar dipasang cermin pelindung muka berwarna
  • Motosikal menarik treler
  • Menghalang pergerakan lalulintas yang lain

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 100
  • 16-30 hari: RM 150
  • 31-60 hari: RM 250

4. Jenis kesalahan

Berikut adalah merupakan jenis kesalahan

  • Mempamerkan no. pendaftaran tidak mengikut spesifikasi
  • Gagal kemuka lesen kenderaan motor-motosikal >250cc

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 70
  • 16-30 hari: RM 120
  • 31-60 hari: RM 200

5. Jenis kesalahan

Berikut adalah merupakan jenis kesalahan

  • Kenderaan barangan tiada tanda di badan kenderaan yang ditetapkan
  • Bawa barangan di dalam kenderaan tidak sesuai
  • Meter kelajuan tidak diselenggara dengan baik
  • Tanpa memasang hon
  • Memasang siren tanpa kebenaran
  • Lampu petunjuk arah tidak mengikut spesifikasi
  • Tidak pasang lampu berhenti
  • Lampu berhenti tidak mengikut spesifikasi
  • Tidak selenggara penyenyap bunyi dengan baik
  • Tidak selenggara tayar dengan baik
  • Mengeluarkan bunyi bising yang keterlaluan
  • Memasang lampu hadapan selain warna putih
  • Motosikal tidak menyalakan lampu setiap masa

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 50
  • 16-30 hari: RM 100
  • 31-60 hari: RM 150

6. Jenis kesalahan

Berikut adalah merupakan jenis kesalahan

  • Tidak berkuat kuasa perakuan pemeriksaan-motosikal
  • Gagal pamer perakuan pemeriksaan kenderaan
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan ditanda no parking
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan di garisan kuning
  • Gagal mematuhi isyarat lalulintas letak kenderaan di garisan putih
  • Mempamerkan no. pendaftaran yang sukar dicamkan depan dan belakang
  • Mempamerkan no. pendaftaran yang sukar dicamkan depan
  • Mempamerkan no. pendaftaranyang sukar dicamkan belakang
  • Gagal mematuhi perintah larangan pg1
  • Gagal patuhi notis arah periksa tidak patuhi arahan hantar kenderaan untuk tujuan sita
  • Gagal beritahu pengarah perubahan butir-butir kenderaantidak buat tukar hakmilik dalam masa 7hari
  • Tidak pamer plat ‘l’ hadapan dan belakang
  • Pamer plat ‘l’ hadapan dan belakang tidak mengikut spesifikasi
  • Gagal mematuhi syarat ldl (membawa penumpang)
  • Tidak pamer plat ‘p’ hadapan dan belakang
  • Pamer plat ‘p’ hadapan dan belakang tidak mengikut spesifikasi
  • CDL tamat tempoh
  • PDL tamat tempoh
  • Gagal mengemuka pdl
  • Gagal kemuka cdl semasa diperiksa
  • Gagal patuhi notis 114 temusiasat
  • Gagal beri maklumat pemandu
  • Guna kenderaan semasa lesen kenderaan motor telah diserah balik
  • Gagal kemuka lesen kenderaan motor-motosikal
  • Mengalih kenderaan yang disita tanpa kebenaran

Kadar bayaran bagi tempoh untuk membayar:

  • 1-15 hari: RM 40
  • 16-30 hari: RM 70
  • 31-60 hari: RM 120

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PROJEK PERTANIAN NEGERI KELANTAN

PROJEK PERTANIAN NEGERI KELANTAN 2023 (CARA DAN SYARAT PERMOHONAN)

BKSS 8.0

BKSS 8.0 : INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2022