in

BANTUAN SUBSIDI CARSEAT 2022 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK

BANTUAN SUBSIDI CARSEAT

BANTUAN SUBSIDI CARSEAT 2022 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK

Bantuan Subsidi Carseat 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.

Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2022 ini untuk makluman bersama.

Baca Juga: SKIM MySALAM 2022 : CARA SEMAK KELAYAKAN DAN STATUS BAYARAN

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI CARSEAT B40

Bagaimanakah semakan kelayakan subsidi carseat b40?

  1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

CARA PENEBUSAN SUBSIDI

Macam mana cara membuat penebusan subsidi?

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bagaimanakah cara check status layak atau tidak permohonan subsidi?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022 di laman web http://www.mycrs.gov.my/.

Baca Juga: CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK MYCRS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI HARGA SAMAN 2022

SENARAI HARGA SAMAN 2022 (TRAFIK DAN JPJ)