in

CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK MYCRS

CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK

CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK

Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Ini kerana berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Kerajaan telah bersetuju menyalurkan bantuan subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Bajet 2022. Subsidi berkenaan melibatkan peruntukkan sebanyak RM30 juta.

Baca Juga: BKM FASA : 1 PEMBAYARAN MAC 2022

CARA MOHON SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK

Siapakah Yang Layak Mendapat Subsidi Kerusi Keselamatan (Carseat) Ini?

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2022:

  1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

Berapakah Kadar Insentif & Subsidi Carseat Yang Diperuntukkan?

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Bagaimana Cara Penebusan Subsidi CRS (child carseat) 2022 ?

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

Tarikh Permohonan Subsidi CRS (child carseat) 2022

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022.

Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Apakah Ciri-Ciri Kategori CRS Yang Diiktiraf?

Untuk makluman ibu ayah / penjaga yang bakal menebus subsidi ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria berikut:

  1. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  2. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  3. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  4. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak mendapat subsidi ini?

Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.

Berapakah kadar insentif & subsidi carseat yang diperuntukkan?

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MATRIKULASI 2022

MATRIKULASI 2022 : PERMOHONAN KEMASUKAN