in

DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021:CARA SEMAKAN & BAYARAN (Portal MySIKAP, pejabat JPJ/cawangan /UTC, kiosk dan portal jpj)

DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021:CARA SEMAKAN & BAYARAN (Portal MySIKAP, pejabat JPJ/cawangan /UTC, kiosk dan portal jpj)

Adakah betul ada tawaran diskaun saman JPJ 70% sempena bulan kemerdekaan 2021? Ya,Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Baca juga: Permohonan rumah mampu milik 2021

APA ITU SAMAN JPJ

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN JPJ 70%

Anda boleh dapatkan diskaun saman JPJ 70% melalui membayar saman JPJ dalam tempoh bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

SEMAKAN TERMA & SYARAT DISKAUN SAMAN JPJ 70%

SENARAI SAMAN YANG DIBERIKAN DISKAUN JPJ 70%

Berikut adalah semakan tawaran pengurangan saman JPJ 70% diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
    termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
  • Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

Bilakah Tempoh Tawaran Diskaun Saman JPJ70% ?

Tawaran pengurangan saman ini berkuatkuasa bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

CARA SEMAKAN & BAYARAN SAMAN JPJ

Semakan saman boleh dibuat secara online melalui portal MySikap JPJ.

Semakan dan bayaran diskaun saman JPJ secara manual ini juga boleh dilaksanakan di pejabat JPJ / cawangan / UTC, kiosk dan portal JPJ.

SOALAN LAZIM

BERAPA KADAR DISKAUN SAMAN JPJ YANG DITAWARKAN?

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

DIMANA TEMPAT BAYARAN DISKAUN SAMAN JPJ?

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

BAGAIMANA DENGAN KESALAHAN SENARAI HITAM JPJ?

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Bagaimanakah bayar diskaun saman JPJ 70%?

Berikut adalah cara bayaran:

  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  • Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  • Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  • Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat tentang diskaun saman JPJ bagi tahun 2021,sila rujuk kemaskini maklumat dan informasi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan melalui medium berikut:

https://www.jpj.gov.my/

Facebook : JPJ Malaysia

Twitter JPJ_Malaysia : https://twitter.com/jpj_malaysia

Instagram JPJMalaysia : https://www.instagram.com/jpjmalaysia

Youtube: JPJMalaysia https://www.youtube.com/user/portaljpj

Telegram: JPJ_Malaysia https://t.me/JPJ_Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui :

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Jabatan Pengangkutan Jalan

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    permohonan rumah mampu milik

    Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 Yang Impikan Rumah Pertama

    Jawatan kosong terkini tnb

    Jawatan Kosong Terkini (TNB) Tenaga Nasional Berhad~ Tarikh Tutup 20 Ogos 2021 ~ Minima SPM Layak Mohon