in ,

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE KERETA/MOTOR : CARA DAN HARGA

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE KERETA/MOTOR : CARA DAN HARGA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan proses pemindahan nombor plat pendaftaran kenderaan dan ianya tidak salah. Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.

Berikut di kongsikan cara-cara penukaran nombor plat kenderaan dan harga penukaran nombor plat kenderaan.

Baca juga : SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)

SYARAT PERMOHONAN TUKAR NO PLAT KENDERAAN

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
  • Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  • Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  • Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  • Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  • Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  • Fi yang telah ditetapkan.

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE

TUKAR NO PLAT KERETA LAMA KE KERETA LAMA

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

KENDERAAN BAHARU

  • 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
  • Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
  • Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
  • Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
  • Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
  • Fi yang telah ditetapkan.

KENDERAAN LAMA

  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
  • Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
  • Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).

CARA TUKAR NO PLAT KERETA

  1. Beli nombor plate pilihan anda.
  2. Lakukan pemeriksaan puspakom pada kenderaan anda.
  3. Berkunjung ke cawangan JPJ berdekatan anda.
  4. Pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu : https://temujanjijpj.com/
    Nota : Slot temujanji kini hanya dibuka untuk transaksi Pelesenan & Kenderaan Perdagangan Sahaja.
  5. Anda boleh merujuk secara atas talian di : https://www.jpj.gov.my/

PANDUAN PERMOHONAN TEMPAHAN NO PLAT KENDERAAN

Terdapat pelbagai kategori nombor pendaftaran. Antara nombor yang menjadi rebutan individu VIP adalah nombor plat 1 sehingga 10.

Selain itu, terdapat juga kategori nombor-nombor menariik seperti 11,222,8888 dan lain-lain. Untuk kategori nombor popular pula ialah 20,40,373,1001,3355 dan lain-lain.

CARA PERMOHONAN TEMPAHAN NO PLAT KENDERAAN

  • Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.
  • Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).
  • Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

1. Individu :

  • Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

2. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

  • Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

3. Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

  • Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

4. Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

  • Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

5. Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

  • Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

TUKAR NO PLAT KERETA

Sekiranya saya membuat pertukaran nombor plat kereta lama ke kereta baru, apakah no plat yang terkini di kereta lama saya?

Anda boleh memohon untuk menggunakan nombor terkini sahaja untuk kereta lama. Jika anda ada nombor pilihan juga, anda boleh urus dengan pihak JPJ.

HARGA TUKAR NO PLAT

Bayaran yang dikenakan untuk proses tukar nombor plat

RM110 dikenakan untuk setiap proses tukar nombor plat. Caj yang dikenakan adalah tertaluk dengan perubahan semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TUTORIAL TUKAR PASSWORD UNIFI

TUTORIAL TUKAR PASSWORD UNIFI : CHANGE UNIFI PASSWORD WIFI

REFUND DUIT TOUCH N GO

REFUND DUIT TOUCH N GO EXPIRED, ROSAK, HILANG