in

REFUND DUIT TOUCH N GO EXPIRED, ROSAK, HILANG

REFUND DUIT TOUCH N GO

REFUND DUIT TOUCH N GO EXPIRED, ROSAK, HILANG

Sekiranya anda pengguna kad Touch n Go (TnG), mesti anda tertanya-tanya adakah baki dalam kad anda boleh direfund semula sekiranya kad tersebut hilang, rosak dan sbagainya. Sebenarnya baki dalam kad TnG anda boleh direfund semula. Disini kami kongsikan cara untuk REFUND BAKI TOUCH ‘N GO anda, semoga membantu.

Baca juga : MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU

KELAYAKAN UNTUK REFUND TNG

Pihak Touch n Go atau Plusmiles hanya menetapkan hanya kad tertentu sahaja yang layak untuk mendapat refund iaitu;

  1. Kad yang telah tamat tempoh
  2. Kad yang tidak sah
  3. Kad yang tidak aktif
  4. Kad yang rosak / patah
  5. Cip kad yang bermasalah

SYARAT PEMBAYARAN REFUND DUIT TOUCH N GO

Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:

  • Pemegang Akaun Malaysia
  • Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
  • Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
  • Pemegang Akaun Asing
  • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
  • Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
  • Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
  • Touch ‘n Go eWallet
  • Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
  • Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

CARA / HOW TO REFUND TOUCH N GO

Setelah anda daftarkan kad TnG di portal tersebut, berikut adalah cara untuk membuat tuntutan refund iaitu:

  1. Layari pautan e-Refund TnG: https://customerservice.touchngo.com.my/eRefund/Step1.aspx.
  2. Isikan maklumat diminta. Pada ruangan nombor telefon, jangan guna “+6+” walaupun diberikan contoh sedemikian. Masukkan saja nombor telefon tanpa kod negara contohnya “0121234567”. Teruskan dengan tekan Next.
  3. Seterusnya lengkapkan malumat berikut:
    Pada Refund Request: Pilih ‘Card Termination’ (hilang atau sudah luput)
    Pada Reason Code:
    Pilih Lost – jika kad anda hilang/dicuri.
    Pilih Expired Card – a kad TNG anda luput
    Pada Card with Deposit: Pilih No (sekiranya anda tidak bayar deposit pada kad tersebut)
    Pada Refund Payment Method, anda boleh pilih samada:
    Akaun bank
    Akaun TNG eWallet.
  4. Sebaiknya anda memilih TNG eWallet kerana biasanya hal refund melibatkan bank akan mengambil masa lama. TNG sendiri pastinya akan mengutamakan produknya sendiri, jadi ianya lebih pantas.
  5. Untuk mengetahui nombor akaun TNG eWallet anda, masuk ke aplikasi tersebut, Tekan ‘Edit Info’, jawap soalan keselamatan. Anda akan dapatinya pada ‘Wallet Account No.’ dengan 16 angka.
  6. Selesai tekan Submit, anda akan dipaparkan semula dengan semua info dimasukkkan. Jika anda guna TNG eWallet untuk terima wang refund, jangan khuatir apabila ia memaparkan ‘Bank Name’ TNG e-Wallet’.
  7. Teruskan proses seperti biasa seperti memasukkan CAPTCHA. Tekan ‘Submit’. Jika selesai, ia akan membawa ke halaman utama tanpa sebarang pemberitahuan bahawa permohonan anda sedang diproses.
  8. Anda akan terima e-mel mengesahkan permohonan refund ini. Anda akan terima wang semula dalam masa 30 hari, menurut Touch ‘n Go.

CARA SEMAK STATUS REFUND TOUCH N GO

Sekiranya anda ingin membuat semakan status refund anda, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan Track my e-Refund status
  2. Memasukkan Case Reference No yang diberikan melalui e-mel
  3. Status proses refund anda akan tertera

*Jika anda masih tidak menerima refund selepas 30 hari, hubungi semula pihak Touch ‘n Go. Salah satu caranya melalui fungsi chat di laman web Touch ‘n Go. Selain itu, anda juga boleh ke kedai mereka di NU Sentral dan Bangsar South.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE

PANDUAN INTERCHANGE NO PLATE KERETA/MOTOR : CARA DAN HARGA

CARA BATALKAN AUTO DEBIT

CARA BATALKAN AUTO DEBIT MAYBANK CIMB RHB BSN ONLINE