CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan
ISLAM amat menggalakkan umatnya melangsungkan perkahwinan bagi mewujudkan ikatan yang sah antara lelaki dan wanita.
Oleh yang demikian di Kelantan, Skim Gerbang Az-Ziwaaj yang dilancarkan kerajaan negeri sejak sembilan tahun lalu, beri bantuan bagi golongan miskin dan yang kurang berkemampuan layak menerima sumbangan perkahwinan sebanyak RM1000.
Apa itu Skim Gerbang Az-Ziwaaj
Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim/saguhati khas kepada pasangan pengantin yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.
Baca juga disini: CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian.
CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut tentang Bantuan Perkahwinan RM1000 Kelantan, sila rujuk dibawah:
Jumlah pemberian Bantuan Perkahwinan
Wang tunai bernilai RM1000 dalam bentuk cek (atas nama calon) diberi kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Cara Mohon Bantuan Perkahwinan
Cara memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau muat turun daripada website Urusetia
- Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2
- Muat turun daripada facebook Gerbang Az-Ziwaaj.
Syarat Kelayakkan
- Rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
- Telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan pertama kali (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja).
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM700 sebulan.
- Pemohon tergolong dalam kategori miskin dan yang layak dibantu (mengikut budi bicara kerajaan negeri).
- Boleh dituntut oleh salah seorang sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.
Permohonan haruslah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Surat beranak
- Sijil pra perkahwinan
- Borang pemeriksaan kesihatan
- 2 keping gambar berukuran passport.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan Sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan di Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan
Kerajaan berhak menarik balik kelulusan jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar.