in

SEMAK BKM FASA 3 BUJANG 2022 (TARIKH MASUK BAYARAN)

SEMAK BKM FASA 3

SEMAK BKM FASA 3 BUJANG 2022 (TARIKH MASUK BAYARAN)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Untuk makluman kepada golongan Bujang, kategori yang layak menerima bayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah:

  • Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak]
  • Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak
  • Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak

BKM Fasa 3 bila masuk?

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 BUJANG 2022 adalah pada September 2022.

KAEDAH BAYARAN

  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai September 2022 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN mulai September 2022 (termasuk di Sabah / Sarawak).

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3 BUJANG 2022 adalah RM150.

SEMAK BKM FASA 3 BUJANG 2022 

Berikut adalah cara semak melalui online:

  1. https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Tekan pautan rasmi Check BKM Fasa 3 di atas.
  3. Anda akan dibawa masuk ke Log Masuk Bantuan Keluarga Malaysia.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Tekan Semak.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.
  7. Tekan Semak.
  8. Anda akan berada di Halaman Utama myBKM.
  9. Kemudian, tekan Semakan Status.
  10. Lihat Maklumat Bayaran.
  11. Butiran pembayaran untuk Fasa 3 anda akan dipaparkan.
  12. Selesai.

LOG MASUK MYBKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Terhad kepada kemas kini maklumat wakil dan akaun bank sahaja.

Tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah mulai 10 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022. (*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • Nombor telefon rumah.
  • Nombor telefon bimbit.
  • Alamat e-Mel.
  • Nama dan Nombor Akaun bank pemohon*.
  • Maklumat Wakil.
    (*Sekiranya bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja)

Permohonan Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan.

BANTUAN TUNAI TAMBAHAN 2022

Pembayaran kepada permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus dan dibayar secara one-off bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM 2022 mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Kategori dan amaun kelayakan Bantuan Tunai Tambahan adalah seperti berikut:

KATEGORI BANTUAN AMAUN KELAYAKAN (ONE-OFF)

  • Isi Rumah / IBT ada anak RM100
  • Warga Emas (Sebatang Kara/Tiada Pasangan) RM50
  • Bujang / IBT tiada anak RM50

Artikel lain : RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin dikemukan, anda boleh hubungi hotline di bawah :

Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566

Emel : bkm@[email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN WANG EHSAN NEGERI KELANTAN

BANTUAN WANG EHSAN NEGERI KELANTAN IPTA 2022 (SYARAT DAN CARA PERMOHONAN)