in

DUIT i-FITRI 2022 : TARIKH BAYARAN DAN CARA PERMOHONAN

DUIT i-FITRI 2022

DUIT i-FITRI 2022 : TARIKH BAYARAN DAN CARA PERMOHONAN

Kepada penduduk Negeri Terangganu, Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya duit i-Fitri 2022 kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40. Bagaimana cara untuk dapatkan duit raya i-Fitri ini? Anda boleh mula hantar permohonan dana raya i-Fitri secara online. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Baca Juga: CARA MOHON ONLINE ZAKAT MAIDAM TERENGGANU: Langkah & Syarat Kelayakkan Untuk Memohon

APA ITU DUIT i-FITRI

Duit iFitri merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti. Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

KADAR BAYARAN DUIT i-FITRI

Berikut adalah merupakan kadar bayaran bantuan dana raya i-Fitri:

RM400 kepada golongan B40 yang layak
RM250 kepada golongan M40 berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang layak

SYARAT PERMOHONAN

Apakah syarat permohonan i-Fitri?

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  2. Kategori A: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan (termasuk gaji & semua elaun)
  3. Kategori B: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pemdapatan bulanan isi rumah antara RM 2,501-RM 5,000 (termasuk gaji & semua elaun)
  4. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT2020)
  5. Pengundi berdaftar di Terengganu
  6. Semua penjawat awan dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon
  7. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon
  8. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori
  9. Mereka yang tiada slip gaji perlu kemukakan surat perakuan pendapatan disahkan oleh JPKK
  10. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  11. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama salinan dokumen berikut:
  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan
  • Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
  • Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak)

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Permohonan dibuka pada 22 Mac-31 Mac 2022.

CARA PERMOHONAN DUIT i-FITRI

Individu berkelayakan boleh membuat permohonan secara online sepanjang tempoh yang ditetapkan, iaitu sehingga 31 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:

https://ibantuan.terengganu.gov.my

Pemohon yang berjaya akan terima baucar melalui agihan JPKK masing-masing

TARIKH PERMBAYARAN DUIT i-FITRI

17 April-23 April 2022.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN NEGERI TERANGGANU

Berikut adalah merupakan antara bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan Terengganu Tahun 2022:

  1. Bantuan ‘one-off’ bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
  2. Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 seorang.
  3. Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara
  4. Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai dana raya i-Fitri anda boleh layari laman rasmi kerajaan Terengganu di pautan https://www.terengganu.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEKOLAH KHUSUS PKSK

SEKOLAH KHUSUS PKSK : SEMAK PERMOHONAN ONLINE 2022

PERMOHONAN BLKM 2022

PERMOHONAN BLKM 2022 BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA