in

SEKOLAH KHUSUS PKSK : SEMAK PERMOHONAN ONLINE 2022

SEKOLAH KHUSUS PKSK

SEKOLAH KHUSUS PKSK : SEMAK PERMOHONAN ONLINE 2022

Kepada ibubapa yang ingin mohon sekolah khusus kepada anak-anak, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sesi 2022 telah dibuka.

Berikut adalah perkara penting yang perlu ibu bapa fahamkan tentang cara permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus serta persediaan yang perlu dilakukan.

Baca Juga: LOG MASUK APDM 2022 : LOGIN KEMASKINI PROFIL DATA MURID KPN ONLINE

APA ITU PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah ‘single entry point’.

‘Single entry point’ di sini bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Kaedah ini tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Sebaliknya, ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

Bagi anda yang bercadang untuk buat permohonan PKSK , anda kini boleh buat semakan PKSK untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah samada lulus atau tidak.

APA ITU SEKOLAH KHUSUS PKSK

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT),
  • Kolej Vokasional (KV) dan
  • Maktab Tentera Diraja (MTD).

FASA PROSES PENGAMBILAN SEKOLAH KHUSUS

Berikut adalah merupakan proses pengambilan untuk ke Sekolah Khusus:

  • Permohonan
  • PKSK
  • Pemilihan
  • Tawaran
  • Rayuan

KELAYAKAN PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS

  • Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
  • APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

FORMAT PKSK

Ujian PKSK merangkumi 3 bahagian iaitu:

  • Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  • Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  • Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi, di mana setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

  • FASA 1 : Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
  • FASA 2 : Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
  • Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2022

Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).

1. Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan

2. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
3. Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:

  • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
  • mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
  • membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
  • membawa peralatan tulis
  • memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
  • Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
  • Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Amalkan penjarakan fizik

TARIKH SEMAKAN PKSK 2022

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2022 / 2023 boleh dibuat bermula 15 Mac 2022

CARA MEMBUAT SEMAKAN PKSK

Bagi calon yang berminat boleh membuat semakan permohonan seperti berikut:

1. Layari laman web berikut untuk permohonan

2. Pada paparan utama Klik bahagian Semakan Tawaran
3. Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan Klik Untuk Login.
4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat dan klik semakan permohonan.

CARA PERSEDIAN MENDUDUKI PKSK

Semua calon yang telah membuat permohonan perlu membuat persediaan seperti berikut:

  • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
  • Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
  • Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
  • Membawa peralatan tulis
  • Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
  • Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
    bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Amalkan penjarakan fizikal

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian KPM di 03-8000 8000. Untuk mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, pastikan anda mengikuti media sosial KPM di saluran berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/KemPendidikan/

Twitter: https://twitter.com/KemPendidikan/

Instagram : https://www.instagram.com/kempendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD

JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

DUIT i-FITRI 2022

DUIT i-FITRI 2022 : TARIKH BAYARAN DAN CARA PERMOHONAN