in

SEMAKAN PKSK ONLINE (SEMAK PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1/TINGKATAN 4 SESI 2022)

SEMAKAN PKSK ONLINE

SEMAKAN PKSK ONLINE (SEMAK PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1/TINGKATAN 4 SESI 2022)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus justeru daripada pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.

Baca Juga: TARIKH MASUK BKM : JADUAL BAYARAN ISI RUMAH DAN BUJANG

APA ITU PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

SEMAKAN PKSK ONLINE

SENARAI SEKOLAH KHUSUS

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

BAGAIMANA FORMAT PKSK?

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

Tarikh Semakan PKSK

Tarikh semakan pusat ujian PKSK bermula pada 7 Januari 2022.

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan PKSK 2021 / 2022.

Jenis sekolah khusus:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
4. Kolej Vokasional (KV)
5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tarikh Menduduki PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1 : 17-27 Januari 2022
  • Tingkatan 4 : 7-17 Februari 2022

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PKSK ONLINE 2022

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4 Mulai 7 Januari 2022

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

Persediaan Membuat Permohonan

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan
dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:

KEPUTUSAN PKSK

KEPUTUSAN PKSK 2022

KEPUTUSAN PKSK

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

Laman web rasmi https://www.moe.gov.my/
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Twitter KPM

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TARIKH MASUK BKM : JADUAL BAYARAN ISI RUMAH DAN BUJANG

JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)

JAWATAN KOSONG JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM)