in

PERMOHONAN BLKM 2022 BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA

PERMOHONAN BLKM 2022

PERMOHONAN BLKM 2022 BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA

PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).

Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Baca Juga: CARA BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U : 10 Langkah Sahaja Anda Sudah Boleh Bayar Saman!

APAKAH PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA (BLKM) 

Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.

Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BLKM 2022

Calon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :

  • warganegara Malaysia
  • tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • sihat tubuh badan dan mental
  • tiada kecacatan fizikal
  • tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.

KADAR BAYARAN BLKM

Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 dan bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.

CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA

Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.

Cara permohonan untuk menyertai program ini belum dimaklumkan oleh pihak JPJ.Orang ramai boleh menghubungi JPJ terdekat atau saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

*Sumber : Berita RTM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DUIT i-FITRI 2022

DUIT i-FITRI 2022 : TARIKH BAYARAN DAN CARA PERMOHONAN

JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN

JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN