in

Tarikh Bayaran iCitra KWSP (Jadual Pembayaran Dan Cara Semakan Permohonan)

tarikh bayaran icitra

Tarikh Bayaran iCitra KWSP (Jadual Pembayaran Dan Cara Semakan Permohonan)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos akan diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021 tidak lama lagi. Menerusi ciapan di Twitter, KWSP juga mengatakan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. Sementara itu, bayaran i-Citra pula akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021. Lebih kurang sama seperti i-Sinar, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank. Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Baca juga : eBantuan JKM Kanak Kanak Borang Permohonan Secara Online Bantuan JKM 2021

Tarikh Bayaran iCitra

tarikh bayaran icitra

Seperti yang anda maklum, bayaran iCitra ini akan dibuat dalam tempoh 6 bulan sahaja. Untuk mengetahui tarikh pembayaran iCitra anda, anda perlu semak terlebih dahulu status permohonan i-Citra. Kerana tarikh tersebut akan dipaparkan pada status tersebut. Jangkaan tarikh pembayaran adalah bermula pada 2 Ogos hingga 5 Ogos, dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Cara Semakan iCitra

Anda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi talian 03-8922-4848 jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran i-Citra bulan Ogos

Berikut adalah cara-cara semak status i-Citra KWSP:

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada Semak Status.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud LULUS.

Cara Semakan Status i Citra Melalui i-Akaun

  1. Buka aplikasi i-Akaun di telefon atau laman web di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login masuk
  3. Pergi ke bahagian WITHDRAWAL/ PENGELUARAN
  4. Tekan butang menu ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Klik i-Citra
  6. Tarikh pembayaran iCitra akan dipaparkan

Soalan Lazim

Bilakah tarikh bayaran iCitra?

Anda boleh semak tarikh pembayaran melalui portal rasmi i Citra atau i-Akaun. Jangkaan tarikh pembayaran adalah pada 2 Ogos hingga 5 Ogos.

Berapakah jumlah bayaran i Citra untuk bayaran pertama?

Jika jumlah kelayakan anda RM5000, maka bayaran pertama anda adalah RM1000.

Macam mana pembayaran i-Citra akan dibuat?

Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli. Akaun bank hendakhlah akaun bank yang masih aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ebantuan jkm kanak kanak

eBantuan JKM Kanak Kanak Borang Permohonan Secara Online Bantuan JKM 2021

coin deposit machine

COIN DEPOSIT MACHINE SEMUA LOKASI DI SELURUH MALAYSIA (MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BANK ISLAM DLL)