in ,

eBantuan JKM Kanak Kanak Borang Permohonan Secara Online Bantuan JKM 2021

ebantuan jkm kanak kanak

eBantuan JKM Kanak Kanak Borang Permohonan Secara Online Bantuan JKM 2021

Apa itu eBantuan JKM Kanak Kanak?

Skim Bantuan Kebajikan diwujudkan untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar dari segi pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Membantu keluarga atau penjaga kepada anak atau kanak-kanak atau membantu anak atau kanak-kanak yang tiada atau kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Baca juga : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank Loan Kereta

Kadar Bantuan Kanak Kanak (BKK)

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000 untuk satu keluarga sebulan

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga
    tamat menengah atas
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Nota : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon eBantuan JKM Kanak Kanak

ebantuan jkm kanak kanak

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Permohonan Bantuan JKM Kanak Kanak

Download atau muat turun borang tersebut di bawah :

Talian Hotline atau Nombor Customer Service JKM Untuk Pertanyaan

Telefon : 03 – 8000 8000

Sumber artikel : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09#faq-list-676

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    semakan status pengiktirafan

    Semakan Status Pengiktirafan IPTA/IPTS/POLITEKNIK/JPA/MQA Di Malaysia

    tarikh bayaran icitra

    Tarikh Bayaran iCitra KWSP (Jadual Pembayaran Dan Cara Semakan Permohonan)