in

Moratorium CIMB Loan Kereta : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank 2021

moratorium cimb pinjaman kereta

Moratorium CIMB Loan Kereta : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank 2021

Perdana Menteri Malaysia telah mengumukan moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan. Malah, tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Proses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan mendapat keistimewaan yang sama rata. Bagi meringankan bebanan peminjam yang terjejas berikutan Covid-19 dan PKP Total Lockdown 3.0, CIMB juga memberikan lanjutan moratorium.

moratorium cimb loan kereta
Sumber Gambar : CIMB

Sejajar dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia pada 28 Jun 2021, CIMB Bank telah memperluaskan Program Bantuan Bayaran yang menawarkan pilihan bantuan seperti berikut :

  1. Penangguhan bayaran selama 6 bulan atau
  2. Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan

Kepada pelanggan yang memerlukan bantuan boleh hubungi Pihak CIMB Bank terlebih dahulu bagi membincangkan pilihan bantuan kewangan yang bersesuaian. Peminjam diberi jaminan bahawa sebarang bantuan kewangan yang mereka pilih tidak akan mempengaruhi status CCRIS (“Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat”) mereka.

Baca Juga : Cara Renew Lesen SSM Online Bagi Tahun 2021

Cara Memohon Moratorium CIMB Bank Loan Kereta

Untuk peminjam CIMB bank, anda boleh membuat permohonan moratorium ini secara online. Di bawah adalah cara memohon moratorium CIMB Bank Hire Purchase Loan :

  1. Layari portal :  Payment Assistance Programme Oleh CIMB Bank
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan No Akaun Pinjaman Kereta anda
  4. Tekan Proceed
  5. Sila ikuti arahan selanjutnya untuk lengkapkan permohonan anda
  6. Tick bahagian agreement jika anda setuju dengan semua syarat
  7. Tekan Submit Permohonan

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman / pembiayaan, sila sertakan semua akaun pinjaman / pembiayaan yang anda ingin sertai dalam program ini.

Sila membuat permohonan dalam talian melalui eForm untuk kelulusan segera dan lancar. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan CIMB BANK/ CIMB Customer Service di 03 6204 7788 atau mengunjungi cawangan CIMB terdekat anda atau e-mel kepada pihak CIMB di [email protected]

Pihak CIMB sedang menerima jumlah permohonan yang tinggi untuk program ini, mohon bersabar dan CIMB akan menghubungi anda secepat mungkin.

Soalan Lazim Moratorium CIMB Bahasa Melayu

Siapakah yang layak menyertai Program ini?

Semua pelanggan yang terkesan dari pandemik ini.

Adakah saya akan didaftarkan secara automatik untuk Program ini?

Tiada pendaftaran automatik untuk Program ini. Jika anda ingin menyertai Program bantuan ini, sila membuat permohonan dalam talian melalui :

  • eForm di laman web Covid-19 support kami www.cimb.com.my/covid19support untuk kelulusan segera dan lancar.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan/CIMB Customer Service kami di 03 6204 7788 atau mengunjungi cawangan CIMB atau e-mel kami di [email protected]

Nombor CIMB Customer Service?

Pusat Panggilan/CIMB Customer Service kami di 03 6204 7788

Sumber rujukan : CIMB COVIC19 SUPPORT WEBSITE

 

 

 

7 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara renew lesen ssm

Cara Renew Lesen SSM Online Bagi Tahun 2021

semakan status pengiktirafan

Semakan Status Pengiktirafan IPTA/IPTS/POLITEKNIK/JPA/MQA Di Malaysia