in ,

Cara Renew Lesen SSM Online Bagi Tahun 2021

cara renew lesen ssm

Cara Renew Lesen SSM Online Bagi Tahun 2021

Pihak SSM menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan sama ada secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh renew SSM online saja. Memang rugi kalau perniagaan yang telah didaftarkan dibiarkan expired, sebab kalau SSM tamat tempoh melebihi setahun, kita dah tak boleh perbaharui lesen tu lagi. Sekarang ni dah mudah dan dah boleh buat online, tambahan pula dalam tempoh PKP ini, pengecualian kompaun atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan akan diberikan kepada perniagaan yang tamat tempoh mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Baca Juga : Cara Daftar KT Online Untuk Permohonan Baru Dan Semakan Baki Serta Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Cara Renew Lesen SSM Online Menggunakan EzBiz

cara renew lesen ssm

  1. Layari Laman Web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Mula-mula, layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  3. Tekan butang sign up untuk mendaftar.
  4. Daftar Sebagai Pengguna
  5. Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online terlebih dahulu.
  6. Tekan butang ‘Sign Up’ dan isikan maklumat No IC dan Nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
  7. Buat Pengesahan
  8. Kemudian, pelanggan perlu membuat pengaktifan akaun dengan hadir ke pejabat SSM berhampiran.

ATAU

Pelanggan boleh memajukan email permohonan pengaktifan ID
pengguna dengan melampirkan dokumen wajib kepada [email protected].

Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan depan dan belakang;
  2. Gambar pemohon bersama kad pengenalan yang dipegang di paras leher.
  3. Pastikan gambar mempunyai resolusi tinggi agar perincian di kad pengenalan adalah jelas.
  4. Pemohon adalah dinasihatkan mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding kosong;
  5. Lain-lain dokumen rasmi seperti lesen memandu / passport / sijil lahir / sijil nikah / apa-apa bil atas nama sendiri / lain-lain dokumen rasmi yang dirasakan sesuai,
  6. Pelanggan akan menerima emel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.
  • Login Semula & Renew SSM Online
  • Setelah mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
  3. Klik bahagian ‘My Business Service’
  4. Pilih ‘Renewal by Owners’
  5. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
  6. Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
  7. Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1)
  8. Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
  9. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
  10. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.

Bagaimana Renew SSM Expired Lebih Setahun?

Seperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui. Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut? Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu. Jika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama perniagaan tersebut boleh digunakan). Namun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan. Dalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu). Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.

4 Comments

Leave a Reply

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara solat sunat aidiladha

Cara Solat Sunat Aidiladha Sendiri/Keluarga 2021

moratorium cimb pinjaman kereta

Moratorium CIMB Loan Kereta : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank 2021