Cara Solat Sunat Aidiladha Sendiri/Keluarga 2021. Rasulullah s.a.w menyeru semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda agar bersama-sama mengerjakan solat sunat Aidiladha bagi menegakkan syiar Islam. Bagi membendung wabak Covid-19 yang masih menular di negara ini, had jemaah di Masjid dan Surau telah ditetapkan. Jika tidak dapat berjemaah di Masjid atau Surau, kita boleh mengerjakan solat sunat Aldiladha di rumah. Solat di rumah juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli keluarga. Hari Raya Aidiladha merupakan sambutan besar bagi umat Islam dalam mengenang peristiwa Nabi Ibrahim dengan puteranya Nabi Ismail. Di samping mengerjakan ibadah korban, umat Islam sangat digalakkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.
Baca Juga : Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan
Baca Juga : Teks Khutbah Raya Aidiladha/Haji 2021 Di Rumah
Cara Solat Sunat Aidiladha
Rakaat Pertama :
1. Lafaz Niat
a) Lafaz niat solat sunat Aidiladha (untuk Imam)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai Imam kerana Allah Taala.
b) Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk Makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
c) Lafaz niat solat sunat Aidiladha (bersendirian)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud : Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Bertakbir
Setelah lafaz niat, lakukan “takbiratul Ihram” dengan menyebut “ Allahu Akbar”. Sertakan niat di dalam hati.
3. Membaca Doa Iftitah
Kemudian, sunat untuk diteruskan dengan membaca doa iftitah.
4. Takbir 7 kali & Bertasbih
Kemudian, lafazkan takbir sebanyak tujuh kali. Bagi yang bersolat jemaah, biarkan imam mulakan takbir pertama kemudian diikuti oleh makmum.
Takbir tersebut perlulah diselang-selikan dengan bacaan tasbih dengan nada perlahan. (Takbir tujuh kali, tasbih enam kali)
Bacakan tasbih :
سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
Perhatian : Sampai ke takbir ketujuh, teruskan solat seperti biasa dimulai dengan bacaan Al-fatihah dan surah lazim. Lakukan rukuk dan sujud seperti biasa sehingga rakaat pertama selesai.
Rakaat Kedua :
1. Takbir Pertama
Mulakan dengan lafaz takbir “intiqalat” iaitu takbir bagi permulaan rakaat kedua.
2. Takbir 5 Kali & Bacaan
Kemudian, lafazkan takbir sebanyak 5 kali.
Seperti dalam rakaat pertama, takbir tersebut perlulah diselang-selikan dengan bacaan tasbih dengan nada perlahan. (Takbir 5 kali, tasbih 4 kali)
Bacakan tasbih :
سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ ِللهِ، وَلا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Maksud: Maha suci Allah, segala pujian tertentu bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
3. Teruskan Solat Sehingga Selesai Rakaat Kedua
Setelah selesai takbir, teruskan solat sunat dengan bacaan Al-Fatihah & surah-surah lazim sehingga lengkap rakaat kedua.
Sumber Artikel : Laman Sesawang SirapLimau