in

Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan

bakul prihatin negara

Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Bantuan ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Untuk makluman, bantuan ini adalah cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Baca juga : Anda boleh semak sebarang keputusan dan sebarang maklumat tentang bantuan

Apakah Bakul Prihatin Negara?

bakul prihatin negara

Bakul Prihatin Negara merupakan satu bantuan Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik
COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup kepada mereka yang terkesan dan terjejas.

Apa kandungan Bakul Prihatin Negara?

Bakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.

Cara Memohon Bantuan

Jika anda terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh membuat permohonan melalui 4 kaedah berikut:

  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  • Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  • Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.

Borang Memohon Bantuan Bakul Prihatin

Sila muat turun Borang Permohonan BakulPrihatin disini:

  1. Lampiran A – Borang Permohonan
  2. Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin tahu tentang Bakul PrihatinNegara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

4 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *