in

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) : Borang Permohonan Bantuan RM450 Oleh KWKPK

bantuan ibu bersalin

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) : Borang Permohonan Bantuan RM450 Oleh KWKPK

Bantuan yang dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini bermula pada 1 Januari 2020 dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Untuk makluman, (BIB) masih lagi diteruskan bagi tahun 2021 ini bagi pemohon yang layak.

Borang permohonan boleh dimuat turun secara online melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Baca Juga : GKP 4.0 : Permohonan Baru Dan Cara Daftar Geran Khas Prihatin

Syarat Permohonan Bantuan (BIB)

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

  1. Online melalui laman sesawang ini : Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
  2. Manual melalui Borang Permohonan
  • Boleh dimuat turun di sini : BORANG (BIB) 
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Baca Juga : Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan

bantuan ibu bersalin

Dokumen Untuk Memohon

  • Salinan kad pengenalan permohon (depan & belakang)
  • Salinan kad pengenalan suami / penjaga (depan & belakang)
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’
  • Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)
  • Salinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun
  • Salinan nota discaj / sijil lahir bayi

Maklumat Lanjut 

  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020.
  • Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
  • Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual.
  • Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak KWKPK mempunyai hak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

Muat turun borang di sini : Borang Permohonan

Para pemohon mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Telefon: 082-311340 / 082-311718

Pihak anda juga boleh melayari laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk maklumat lanjut di https://kwkpk.sarawak.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

gkp 4.0

GKP 4.0 : Permohonan Baru Dan Cara Daftar Geran Khas Prihatin

cara solat sunat aidiladha

Cara Solat Sunat Aidiladha Sendiri/Keluarga 2021