in

GKP 4.0 : Permohonan Baru Dan Cara Daftar Geran Khas Prihatin

gkp 4.0

GKP 4.0 : Permohonan Baru Dan Cara Daftar Geran Khas Prihatin

GKP 4.0 adalah bayaran tambahan kepada para peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang layak. Sebanyak RM1000 akan diberikan kepada PKS yang layak. Kelangsungan para peniaga di musim pandemik ini sedikit sebanyak dibantu oleh pelaksanaan Geran Khas Prihatin.

Baca Juga : SIP PRIHATIN 2.0 : Permohonan Elaun RM300 Cari Kerja Bagi Bukan Pencarum Perkeso

Cara Daftar GKP 4.0 Untuk Permohonan Baru

Untuk makluman anda, pendaftaran telah dibuka sekarang. Cara mohon gkp permohonan baru mudah sahaja, boleh dibuat secara online. Caranya seperti di bawah ini:

gkp 4.0

Pendaftaran dan permohonan GKP 4.0 ini akan mula dibuka pada 15 Julai 2021. Buat permohonan di sini https://gkp.hasil.gov.my/

Syarat Kelayakan Permohonan Baru

  1. Mestilah warganegara malaysia
  2. Mana-mana syarikat mikro pks yang telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN, anda layak untuk dapat bantuan ini
  3. Sudah daftar syarikat anda dengan SSM
  4. Kerajaan Malaysia juga akan mendapatkan senarai syarikat pks mikro daripada Pihak Berkuasa Tempatan PBT di seluruh Malaysia baik di Kuala Lumpur KL, Pulau Pinang Penang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu, kelantan, Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Kedah
  5. Akaun bank pemohon yang masih aktif lagi
  6. Pastikan jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk anda sebagai pemilik
  7. Pastikan juga anda merupakan penerima bantuan geran khas sebelum ini
  8. Anda masih aktif bisnes ketika permohonan dibuat

Baca Juga : Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan

Soalan Lazim

Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
    mikro seperti berikut:
    – Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
    – Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
    dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
    Kewangan Malaysia.

Apakah Geran Khas PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off
berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka
yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Bilakah permohonan GKP 4.0 dibuka?

Pada 15 Julai 2021.

Adakah semua penerima GKP sebelum ini akan mendapat GKP?

Ya. Dijangka sebanyak 1 juta lebih PKS akan menerima bayaran GKP

Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun
bank mestilah aktif.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    bantuan ibu bersalin

    Bantuan Ibu Bersalin (BIB) : Borang Permohonan Bantuan RM450 Oleh KWKPK