in ,

Semakan Status Pengiktirafan IPTA/IPTS/POLITEKNIK/JPA/MQA Di Malaysia

semakan status pengiktirafan

Semakan Status Pengiktirafan IPTA/IPTS/JPA/MQA Di Malaysia

Berdasarkan kajian, ramai pelajar telah tertipu dengan institut pengajian tinggi yang tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada Kementerian Pengajian Tinggi/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dengan ini jika anda telah tamat pembelajaran, kemungkinan anda tidak akan dapat menggunakan sijil tersebut untuk mencari pekerjaan atau ingin memohon pekerjaan di sektor perkhidmatan awam/kerja kerajaan.

Baca Juga : Cara Renew Lesen SSM Online Menggunakan EzBiz

Apa itu MQA?

MQA adalah agensi kelayakan Malaysia iaitu sebuah agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab untuk memastikan setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) mahu pun awam atau swasta harus mengikut garis panduan daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi kesahihan sijil akademik mereka yang dikeluarkan adalah mendapat pengiktifan oleh pihak MQA.

Cara Semakan Status Pengiktirafan MQA

semakan status pengiktirafan

Caranya adalah seperti di bawah :

  • Jika anda ingin melihat pengiktirafan sijil-sijil institut pengajian tinggi sila klik pautan web : http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  • Pilih Institut Pengajian Tinggi yang anda ingin buat semakan sama ada IPT Awam atau Swasta
  • Pilih Universiti
  • Sila klik ENTER dan paparan selanjutya akan keluar, jika anda ingin melihat kelayakan
  • Sila klik DETAIL dan ada akan dapat melihat setiap kelayakan MQA pada setiap program yang ditawarkan pada universiti yang anda pilih

Cara Semak Status Pengiktirafan IPTA/IPTS/POLITEKNIK/JPA

Cara semak status pengiktirafan seperti di bawah :

  • Untuk semak status pengiktirafan sijil pengajian anda boleh semak di pautan ini : https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php
  • Pilih negara, institusi dan carian sijil yang anda inginkan
  • Tekan SEMAK
  • Tekan pada simbol gambar pen untuk melihat sijil kelayakan JPA program
  • Klik CETAK

Maklumat Tambahan Berkaitan Dengan Semakan Status Pengiktirafan

Sehingga hari ini, pihak kementerian pendidikan Malaysia akan mengemas kini sistem-sistem yang boleh diguna pakai dan mudah difahami untuk membantu anda daripada memasuki IPT-IPT yang belum mendapat pengiktifan daripada MQA. ini sebenarnya dapat mengurusang kes-kes tipu yang telah banyak berlaku dinegara kita ini. dan selaras usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak muda kita, ini perlu di tekankan lagi.

Cara lain untuk semakan adalah melalui pautan ini : https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Dengan adanya portal ini, diharap akan membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam memilih bidang yang di iktiraf oleh JPA untuk di ambil seterusnya untuk perkembangan kerjaya akan datang.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

moratorium cimb pinjaman kereta

Moratorium CIMB Loan Kereta : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank 2021

ebantuan jkm kanak kanak

eBantuan JKM Kanak Kanak Borang Permohonan Secara Online Bantuan JKM 2021