in

CONTOH SURAT RASMI RAYUAN KE MATRIKULASI 2021 DAN 2022 : FORMAT SERTA PANDUAN MENULIS UNTUK PERMOHONAN

contoh surat rasmi rayuan ke matrikulasi

CONTOH SURAT RASMI RAYUAN KE MATRIKULASI 2021 DAN 2022 : FORMAT SERTA PANDUAN MENULIS UNTUK PERMOHONAN.

Berikut dikongsi cara membuat surat rayuan matrikulasi kepada mereka yang tidak berjaya dalam semakan keputusan matrikulasi. Kami kongsikan panduannya di bawah ini. Semoga panduan ini memberi peluang kepada anda untuk berjaya memasuki matrikulasi selepas permohonan rayuan.

Apakah lampiran yang diperlukan untuk membuat rayuan matrikulasi?

Pelajar perlu lampirkan salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Apakah isi kandungan surat rayuan matrikulasi?

Pemohon boleh menyatakan sebab munasabah lain berkaitan dengan pencapaian akademik atau perkara berhubungkait seperti minat ataupun sebagainya supaya pemohonan rayuan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Nak hantar surat rayuan matrikulasi ke mana?

Surat Rasmi Permohonan Rayuan Perlu Dihantar Ke Alamat Berikut:

Pengarah

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Telefon: 03-8884 4083

Faks: 03-8884 4028

E-mel: [email protected]

CONTOH SURAT RASMI RAYUAN KE MATRIKULASI 2021/2022

Berikut merupakan contoh Surat Rasmi Rayuan Ke Matrikulasi. Dan jika anda belum membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi anda boleh la membuat semakan dahulu.

Tengku Daniel Mikael Bin Tengku Andi Iskandar

No 60, Taman Seri Gemilang,

32040, Seri Manjung

Perak.

Email:

No Tel:

 

Pengarah,

Bahagian Matrikulasi,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 6-7, Blok E15,

Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

27 April 2021

Tuan / Puan,

PER: Rayuan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2021/ 2022

Nama: Tengku Daniel Mikael Bin Tengku Andi Iskandar (No K/P: 120304-08-7871)

Merujuk perkara di atas, saya merayu kepada pihak tuan / puan bagi mempertimbangkan Permohonan Rayuan saya Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2021/2022 berdasarkan jurusan pengajian yang dipilih oleh saya iaitu Perakaunan (Kod M003).

2.Permohonan rayuan ini dibuat adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

i.Saya tidak berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Sesi 2021/ 2022 bagi ambilan pertama

ii.Saya berpotensi dan meminati jurusan pengajian Perakaunan

iii. Keputusan SPM yang diperolehi menepati dan memenuhi syarat kelayakan program

3.Untuk makluman pihak tuan / puan, saya telah memperolehi 5A dan 4B dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

4.Di samping itu, saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Rover Moot Antarabangsa (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Kembara Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah. Pada tahun 2020, saya mencapai kejayaan tempat pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.

5. Tahun akhir sesi persekolahan, saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Kembara Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Sepak Takraw Sekolah dan menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Perpustakaan Sekolah.

6. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan tuan / puan.

7. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik tuan / puan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan, atas jasa baik tuan / puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Berharap,

 

………………………….

(TENGKU DANIEL MIKAEL BIN TENGKU ANDI ISKANDAR)

Anda boleh copy dan edit sahaja contoh surat rayuan matrikulasi untuk dijadikan rujukan bagi membuat permohonan secara manual.

Bagaimanakah cara nak buat semakan keputusan permohonan rayuan matrikulasi?

Anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian (online).

Bilakah tarikh keputusan rayuan bagi kemasukan ambilan kedua?

Pengumuman tarikh keputusan rayuan bagi kemasukan ambilan kedua pelajar untuk tahun sebelumnya, mendapati bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada hujung Mei atau awal bulan Jun untuk mengumumkan Semakan Keputusan Permohonan Rayuan.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    tarikh pembayaran i-citra

    TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DAN SEMAKAN STATUS BAYARAN PERTAMA OGOS 2021

    keputusan rayuan matrikulasi

    KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI : SEMAKAN KELULUSAN DAN CARA BUAT RAYUAN SECARA MANUAL DAN ONLINE 2021/2022