in

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022

Bagi pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyemak jumlah dividen KWSP secara online mulai pertengahan bulan februari ini.

Penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021) sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang dinyatakan.

Dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing. Jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022

Baca Juga: i-Sayang: KWSP Akan Lancarkan Pada Tahun 2022 & Lebih Banyak Manfaat Kepada Pencarum

APAKAH DIVIDEN KWSP?

Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.

NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2022

Kadar dividen tahunan 2021 akan diisytiharkan oleh KWSP pada awal suku pertama tahun 2022 ini, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.

CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2022

Berikut merupakan cara untuk menyemak dividend KWSP secara online:

Langkah 1: Layari laman sesawang KWSP.

Langkah 2: Log masuk.

Langkah 3: Masukkan ID dan kata laluan.

Langkah 4: Klik menu Dividen, kemudian klik View Details.

Langkah 5: Perincian akan dipaparkan.

APLIKASI I-AKAUN

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui

Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

MUET 2022

MUET 2022 : SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN 2022

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022 : SKIM PEMBIAYAAN WANITA