in

DIVIDEN KWSP 2022 : TARIKH SEMAKAN PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP TAHUN 2022

DIVIDEN KWSP 2022

DIVIDEN KWSP 2022 : TARIKH SEMAKAN PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP TAHUN 2022

Kadar pengagihan dividen dan hibah KWSP serta Lembaga Tabung Haji bagi tahun ini dijangka lebih baik berbanding 2020, demikian menurut penganalisis ekonomi.

Kata Penganaalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff “saya menjangkakan dividen KWSP akan lebih baik berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu lima sen seunit. Jangkaan paling minimum, kadar dividen adalah seperti tahun lalu iaitu 5.2 peratus bagi Konvensional dan 4.9 peratus Shariah”

Baca juga disini: HIBAH TABUNG HAJI : CARA BUAT SEMAKAN BONUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022

Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah:

Tarikh Semakan Dividen KWSP

Secara umum, KWSP akan isytihar kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 (sekitar bulan Februari atau Mac). Tetapi akan diberitahu tarikh yang tepat melalui media massa dari masa ke semasa.

Cara Semakan Dividen KWSP

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun di App Store atau Google Play Store
  2. Atau layari www.kwsp.gov.my
  3. Pergi kepada ikon Login
  4. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  5. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  6. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

Apa itu Kadar Dividen KWSP

Semua ahli caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional.

Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

PERINGATAN: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

Itu sahaja, pihak kami hanya berkongsi maklumat berkenaan bagi memudahkan anda mendapat maklumat, jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan di bawah.

Butiran Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau;

boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HIBAH TABUNG HAJI

HIBAH TABUNG HAJI : CARA BUAT SEMAKAN BONUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022

CARA MOHON PENGAMBILAN MySTEP

CARA MOHON PENGAMBILAN MySTEP 2022 MELALUI EMAIL