in

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022 : SKIM PEMBIAYAAN WANITA

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022 : SKIM PEMBIAYAAN WANITA

Kepada usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

Baca Juga: CARA BUAT LIVE DI SHOPEE (PANDUAN SHOPEE SELLER)

APAKAH DanaNITA MARA 2022?

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 Desember 2022

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

KELONGGARAN SYARAT

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen
  • Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

 

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022

CARA PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sila ikuti langkah berikut untuk permohonan online:

  1. Layari https://www.mara.gov.my/
  2. Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawan
  3. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
  4. Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
  5. Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf
  6. Hantar permohonan.

Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.

Rujuk panduan penuh DI SINI

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada [email protected] atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA
atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri
(PMN).

Hotline: 03 2613 2000

E-mel: [email protected]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022

PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN