in

PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN

PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN

Untuk makluman kepada semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan terdapat beberapa jenis pengeluaran yang pencarum boleh lakukan dengan duit simpanan EPF anda selain daripada i-Citra dan i-Sinar.

Tahukah anda terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh pencarum lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak EPF. Sebenarnya, pencarum dibenarkan untuk melakukan mengeluarkan duit dari KWSP Akaun 1 untuk peribadi anda sendiri dan juga keluarkan duit EPF untuk kegunaan sendiri dari Akaun 2.

Apakah Jenis Pengeluaran KWSP/EPF Akaun 1/2 2022? Macam mana Syarat? Bagaimanakah Cara Keluar duit KWSP?

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

PENGELUARAN KWSP

Berikut adalah beberapa Senarai Pengeluaran EPF yang anda boleh keluarkan sebahagian. Antaranya adalah :

  • Pengeluaran Umur 50 tahun
  • Pengeluaran Bina Rumah
  • Pengeluaran untuk Meningkatkan Hak Kelayakan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA
  • Pengeluaran Simpanan melebihi RM 1 juta
  • Pengeluaran Beli rumah
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Membayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
  • Pengeluaran dari Akaun 2 untuk Mengerjakan Ibadah Haji

PENGELUARAN PENUH

Berikut adalah Senarai Penuh KWSP yang anda boleh keluarkan. Antaranya adalah :

  • Pengeluaran Umur 55
  • Pengeluaran Umur 60
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan.
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Kematian

Baca Juga: SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022

SYARAT

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan membuat keluar penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Kepada pencarum KWSP yang ingin mengetahui atau melihat Syarat Pengeluaran bagi setiap Pengeluaran yang dinyatakan di atas, anda boleh membuat rujukan di link bawah ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

CARA PENGELUARAN KWSP

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 ATAU 2 EPF 2022 10K ONE OFF ATAU UNTUK RUMAH ATAU UMUR 50 ATAU 55 ATAU PENDIDIKAN ATAU HAJI ATAU PINJAMAN ATAU MASA MUDA ATAU iSAYANG ATAU iLINDUNG.

  1. Klik Link Pengeluaran KWSP i-Akaun di sini : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Anda akan dibawa ke “Welcome to i-Akaun (Member)”.
  3. Isi [USER ID] anda.
  4. Klik [NEXT].
  5. Masukkan [PASSWORD] anda.
  6. Klik [Login].
  7. Anda akan berada di Laman Utama i-Akaun KWSP.
  8. Untuk Pengeluaran KWSP anda, klik [WITHDRAWAL] di Menu atas sekali.
  9. Sekarang anda akan berada di e-Pengeluaran.
  10. Seterusnya, klik [New Application].
  11. Terdapat Beberapa Langkah yang perlu anda buat.
  12. Klik [Choose One] di ruangan Withdrawal Type.
  13. Pilih pengeluaran yang anda ingin buat sama ada untuk KESIHATAN/HEALTH, BELI/BINA RUMAH/BUILD HOUSE, KURANG/TEBUS PINJAMAN RUMAH/REDUCE/REDEEM HOUSING LOAN, PENDIDIKAN/EDUCATION/BAYARAN PINJAMAN RUMAH BULANAN/HOUSING LOAN MONTHLY INSTALLMENT/SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA/SAVINGS OF MORE THAN RM1MIL.
  14. Kemudian, isi semua Butiran Maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
  15. Klik [Next].
  16. Semak/Check semua Butiran yang diisi adalah benar dan lengkap.
  17. Klik [Request TAC].
  18. Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda di ruangan yang disediakan.
  19. Klik [Submit].
  20. Permohonan Pengeluaran KWSP/EPF anda akan diproses.
  21. Klik [Print] untuk Simpan/Save Permohonan anda untuk tujuan rujukan.
  22. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan dan soalan anda boleh kemukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini.

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022

PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022 : SKIM PEMBIAYAAN WANITA

PERMOHONAN SKIM i-LESTARI : MODAL PEMBIAYAAN HINGGA RM100,000