in

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10K

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10K

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

  1. Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
  2. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
  3. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
  4. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
  5. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
  6. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
  7. Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
  8. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Baca Juga: PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 DAN 2 : SYARAT DAN JENIS PENGELUARAN

 

CARA PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K

Macam mana cara permohonan baru pengeluaran khas KWSP RM 10k?
Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran melalui online. Rujuk di artikel ini:

Untuk makluman anda, permohonan pengeluaran Khas KWSP RM10,000 masih belum dibuka dan pihak kami akan hebahkan kepada anda info dan maklumat awal tentang pembukaan permohonan ini di Channel Rasmi Info Kerajaan Malaysia di sini : https://t.me/infokerajaanmalaysia. Untuk info Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 sila join channel telegram tersebut.

 

SYARAT KELUAR KWSP 10K

Apakah syarat pengeluaran khas KWSP RM 10k?
Lihat artikel di bawah:

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  • Ahli atau Pencarum KWSP/EPF.

 

JUMLAH

Berapakah jumlah pengeluaran khas KWSP?
Rujuk artikel berikut:

  • Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.
  • Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

 

TARIKH PERMOHONAN KELUAR KWSP 10K

Bilakah tarikh permohonan keluar KWSP RM 10K?
April 2022.

  • Para Pencarum/Ahli KWSP boleh buat Permohonan bermula pada 1 April-30 April 2022 secara online.

 

PEMBAYARAN

Bilakah tarikh pembayaran pengeluaran KWSP?
Pembayaran dibuat bermula 20 April 2022.

 

PENGELUARAN KHAS KWSP

Bagaimanakah cara pengeluaran khas KWSP?
Lihat artikel berikut:

  1. Sila klik Link Rasmi Pengeluaran Khas KWSP di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my (akan di kemaskini apabila secara rasmi dibuka).
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama.Sila join channel telegram untuk info awal permohonan dibuka. Pihak kami akan kemaskini maklumat terbaru apabila dibuka.
  3. Klik [PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP].

 

SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Macam mana cara semakan permohonan baru pengeluaran khas KWSP?
Rujuk artikel di bawah:

Untuk pengetahuan anda, masih belum di buka lagi. Pihak kami akan kemaskini apabila dibuka. Pastikan anda join channel telegram di atas untuk makluman awal semakan atau check status.

 

HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP

Sebarang soalan dan masalah anda boleh terus hubungi pihak yang berwajib di bawah ini.

Telefon : 03 – 8922 6000

Hotline Pengeluaran KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENGELUARAN KHAS KWSP

PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 : (PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN)