in

MUET 2022 : SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN 2022

MUET 2022

MUET 2022 : SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN 2022

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.

Baca juga disini: SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2021 : CARA SEMAK MPKAFA SECARA ONLINE

NOTA : Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 13 Januari 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.

Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Kaedah 1 : Semakan Secara Online

  1. Layari laman web http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/
  2. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan dan tekan Sumbit
  3. Result akan dipaparkan

Kaedah 2 : Semakan Melalui SMS

  1. Sila taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
  2. Contoh : MUET RESULT 09050310xxx

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my

  • Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00.
  • Calon boleh mendaftar dengan membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional atau calon juga boleh membuat pembayaran secara online melalui FPX
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).
  • MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

PENDAFTARAN MUET 2022

Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my

Butiran Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JPN DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE

JPN DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022