in

MUET ON DEMAND 2022 : PENDAFTARAN ATAU PERMOHONAN UJIAN ONLINE

MUET ON DEMAND

MUET ON DEMAND 2022 : PENDAFTARAN ATAU PERMOHONAN UJIAN ONLINE

Perhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Malaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Tujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia. pendaftaran MUET online.

Baca Juga : SOALAN CONTOH MUET 2022 : FORMAT TERKINI (SPEAKING READING LISTENING & WRITING)

CARA PENDAFTARAN ONLINE MUET ON DEMAND 

  1. Pendaftaran MUET On Demand (MoD) boleh dibuat secara online melalui pautan seperti berikut:
    KLIK  http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register
  2. Pilih samada Computer Based Test (CBT) atau Paper Based Test (PBT).
  3. Pilih tarikh dan sesi pendaftaran, maklumat diri beserta cara pembayaran secara online payment atau credit card.
  4. Selesai.

TARIKH PEPERIKSAAN MUET ON DEMAND 2022

  • Tarikh peperiksaan Muet on Demand (MoD) 2022 boleh dirujuk di laman

YURAN DAN BAYARAN UJIAN

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.

TEMPAT UJIAN MOD 2022

  • Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.

SEMAKAN KEPUTUSAN MOD 2022

Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan. Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/

Pemarkahan untuk Semua Band:

Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2 – Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SOALAN CONTOH UPKK 2022

SOALAN CONTOH UPKK 2022 (CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN UPKK)