TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA DAN SEMAKAN STATUS BAYARAN PERTAMA OGOS 2021
Jika anda adalah salah seorang daripada pemohon i-Citra kini anda sudah boleh membuat semakan status kelulusan serta mendapatkan tarikh bayaran pertama i-Citra.
Pembayaran akan dibuat mulai bulan Ogos dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan dan ia bergantung kepada baki dalam akaunanda.
Bagaimana caranya untuk membuat semakan pembayaran dan melihat jadual pembayaran yang telah ditetapkan?
CARA SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA
Berikut merupakan cara semakan tarikh pembayaran i-Citra menggunakan portal web :
- Masuk ke portal rasmi : https://www.kwsp.gov.my/en/home
- Tekan Login
- Sila pilih Login i-Akaun
- Masukkan User ID anda
- Masukkan Password anda
- Tekan Login
- Klik pada Menu Withdrawal History
- Sila klik i-Citra
- Tarikh dan Jadual Pembayaran Pertama di paparkan.
Baca juga : Cara Memohon PSU 4.0
SEMAKAN TARIKH BAYARAN i-CITRA MENGGUNAKAN APLIKASI
Berikut merupakan panduan cara semak melalui aplikasi :
- Download Apps i-Akaun – IOS atau ANDROID
- Buka Apps I-Akaun
- Lihat di bawah sekali bahagian kiri anda
- Tekan i-Citra
- Pilih dan tekan Semak Status Permohonan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Isi Nombor Telefon anda
- Tick Saya Bukan Robot
- Tekan SEMAK STATUS
- Status permohonan anda berserta tarikh pembayaran akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
SOALAN LAZIM
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan
mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
MAKLUMAT LANJUT
Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra :
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848