in

SOALAN CONTOH UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM)

SOALAN CONTOH UKKM MRSM

SOALAN CONTOH UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM)

APA ITU UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKKAN MARA (UKKM MRSM)

UKKM adalah ringkasan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Disebabkan tiada lagi peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3.Maka syarat kelayakan ujian UKKM digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.

Baca Juga: SOALAN CONTOH UPKK 2022 (CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN UPKK)

CARA BUAT SEMAKAN UNTUK MENDUDUKI UKKM

Pelajar boleh membuat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM melalui:

Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

SYARAT-SYARAT UTAMA PEMILIHAN PELAJAR MARA

Antara syarat utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2022 adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

Untuk makluman anda,MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

SENARAI UJIAN UKKM

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki.

UJIAN UKKM ULUL ALBAB

Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan ujian UKKM:

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 1

Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM(UKKM) TINGKATAN 4

Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

FORMAT SOALAN UKKM MRSM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

Format Soalan UKKM Matematik

  • Masa diperuntukan adalah 30 minit
  • Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
  • Format Soalan UKKM Bahasa Inggeris
  • Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
  • 15 soalan objektif

Format UKKM Sains

  • 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • 30 soalan berbentuk objektif

Format UKKM Ujian Keperibadian

  • 100 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Masa 30 minit

Format Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan
    tulisan jawi.
  • Berikut adalah contoh ujian hafazan :
  • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
  • Antara perkara yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
  • Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

SOALAN CONTOH UKKM MRSM 

Berikut adalah contoh soalan UKKM MRSM:

CONTOH SOALAN UKKM SAINS

Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.

Berkenaan soalan Sains, ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.

Walau bagaimanapun, soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:

  • Apa yang akan terjadi?
  • Apa yang kita perlu buat?

CONTOH SOALAN UKKM MATEMATIK

Seorang penternak mempunyai 100 ekor lembu dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing yang ada?

CONTOH SOALAN UKKM UJIAN KEPERIBADIAN

Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap.Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang memang MRSM mahukan. Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.

CONTOH SOALAN UKKM ULUL ALBAB

  • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
  • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
  • Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
  • Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

TARIKH UJIAN UKKM

Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada September 2022 sehingga Disember 2022 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih

Sila buat semakan emel,SMS dan surat panggilan ujian UKKM.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara pilih tempat ujian UKKM?

Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM

Adakah ujian dilaksanakan pada hari bersekolah?

Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Sila emel kepada [email protected]. Layari Portal Rasmi MARA

Hubungi :03-2613 2000

Emel:[email protected]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI HARGA ROADTAX

SENARAI HARGA ROADTAX JPJ 2022 (CUKAI JALAN SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK)