in

SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023 (ePRASEKOLAH KPM)

SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH

SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023 (ePRASEKOLAH KPM)

Bermula pada 5 Ogos 2022, para ibu bapa yang membuat permohonan di dalam Sistem eprasekolah.moe.gov.my untuk kemasukan prasekolah di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), boleh mula membuat semakan penempatan sekolah yang diberikan.

Cara semakan boleh dibuat melalui online dan juga boleh dilakukan secara manual menerusi sekolah yang dimohon sebelum ini.

Bagaimanakah cara semakan sekolah rendah untuk kemasukan/penempatan prasekolah 2023? Jika tidak berjaya, bagaimana pula cara permohonan rayuan prasekolah?

Baca Juga : SEKOLAH KHUSUS PKSK : SEMAK PERMOHONAN ONLINE 2022

TARIKH SEMAKAN SEKOLAH RENDAH

Kepada ibu bapa atau penjaga bagi sesi 2023 tarikh semakan kemasukan ke Prasekolah adalah bermula pada 5 Ogos 2022.

SEMAKAN SEKOLAH RENDAH

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan sekolah rendah melalui online di pautan di bawah ini :

https://eprasekolah.moe.gov.my/

CARA SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023

  1. Ibu bapa/penjaga sila klik pautan rasmi Semakan di atas.
  2. Anda akan dibawa ke laman rasmi Log Masuk E-Prasekolah.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Masukkan Kata Laluan anda (rujuk di toturial di bawah jika lupa).
  5. Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat semakan adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat.
  6. Klik Log Masuk.
  7. Klik butang SEMAKAN untuk menyemak keputusan penempatan prasekolah.
  8. Jika berjaya dan sekolah tersebut adalah pilihan yang anda mahukan, sila cetak surat tersebut untuk rujukan.
  9. Selesai.

STATUS SEMAKAN KEMASUKAN PRASEKOLAH

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada :

  • Menunggu Pengesahan : Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap : Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan : Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya : Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya : Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
    Sekiranya permohonan adalah tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan melalui online. Rujuk di bawah ini untuk panduan lengkap.

RAYUAN PRASEKOLAH TIDAK BERJAYA

Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.

Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.

CARA BUAT RAYUAN PRASEKOLAH

Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara buat rayuan prasekolah melalui online.

  1. Ibu bapa/penjaga sila klik DISINI untuk ke pautan rasmi Rayuan Prasekolah .
  2. Anda akan dibawa ke laman rasmi Log Masuk E-Prasekolah.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Masukkan Kata Laluan anda (rujuk di toturial di bawah jika lupa).
  5. Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat semakan adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat.
  6. Klik Log Masuk.
  7. Klik butang SEMAKAN untuk menyemak keputusan penempatan prasekolah.
  8. Jika status menunjukkan TIDAK BERJAYA, sila klik MOHON RAYUAN di bahagian tindakan.
  9. Lengkapkan maklumat yang berkaitan.
  10. Klik butang HANTAR RAYUAN.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan yang berkaitan, anda boleh hubungin pihak yang terbabit di bawah ini :

Emel : [email protected] (Sila nyatakan nombor MyKid anak dan nombor MyKad pemohon (Ibu Bapa/Penjaga) dalam email tersebut).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS 2023

CARA DAFTAR RELA ONLINE

CARA DAFTAR RELA ONLINE MyRELA (SEMAK STATUS PERMOHONAN)