in

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS 2023

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS 2023

Untuk makluman ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak anda masuk ke Tabika Kemas bagi kemasukan Tahun 2023, pihak ibu bapa boleh membuat permohonan menerusi atas talian atau online.

Inisiatif ini diwujudkan sebagai salah satu kemudahan kepada para ibu bapa yang mempunyai anak yang ingin masuk ke Tadika Kemas. Ibu bapa tidak lagi perlu bersusah payah ke cawangan Tadika Kemas semata mata untuk membuat pendaftaran atau meminta borang. Kini, anda hanya perlu memohon di rumah sahaja.

Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk Pra Sekolah dan kemasukan Darjah 1 sahaja untuk tujuan pendaftaran online, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk daftar online Tabika Kemas.

[PERHATIAN] Bagi permulaan ke arah online TADIKA KEMAS, hanya beberapa sahaja yang boleh dimohon secara online dan kami yakin dari masa ke semasa kesemuanya akan dilakukan secara online.

Baca juga : SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda Senarai Tadika Kemas yang boleh memohon secara online bagi permulaan projek oleh pihak myGovernment.

SENARAI TADIKA KEMAS DAFTAR ONLINE

NEGERI SELANGOR

  • TABIKA KEMAS 31 Rad
  • TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
  • TABIKA KEMAS Kg. Kerdas
  • TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
  • TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi

NEGERI PAHANG

  • TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
  • TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
  • TABIKA KEMAS Sungai Kucing
  • TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
  • TABIKA KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman

DOWNLOAD ATAU MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN ONLINE TADIKA KEMAS

[PERHATIAN]: Untuk Tadika Kemas yang tiada dalam senarai di atas ini, ibu bapa boleh download atau muat turun BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN TADIKA KEMAS 2023 di sini : BORANG PENDAFTARAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS .

TARIKH DAFTAR ONLINE TADIKA KEMAS BAGI KEMASUKAN 2022

TARIKH DAFTAR ONLINE TADIKA KEMAS 2023

  • 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021 (Akan dikemaskini apabila diumumkan.

DAFTAR ONLINE TABIKA KEMAS [PANDUAN LENGKAP]

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR ONLINE TABIKA KEMAS.

  1. Sila layari laman web rasmi ONLINE TABIKA KEMAS di pautan ini : https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/.
  2. Semua pemohon yang baharu pertama kali menggunakan Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS haruslah mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada aplikasi.
  3. Klik [DAFTAR], untuk mendaftar sebagai pengguna baharu sekiranya pemohon masih belum menjadi pengguna berdaftar.
  4. Skrin pendaftaran akan dipaparkan seperti di bawah ini:

PERMOHONAN ONLINE TABIKA KEMAS

5. NOTA : 1) Sila pastikan nama yang didaftarkan adalah sama seperti yang tertera di dalam kad pengenalan (contoh: BIN, BINTI, BTE, A/L, A/P, noktah, jarak ejaan, special character ( -, ‘ , @ ) dan lain-lain lagi).

2) Maklumat akan melalui semakan MyIdentity JPN bagi memastikan Nama serta No kad pengenalan yang dimasukkan adalah sama seperti yang terdapat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

6. Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang [Hantar], skrin seperti berikut akan dipaparkan.

7. Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

8. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran. Contoh pautan adalah seperti di bawah ini.

9. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, skrin seperi berikut dipaparkan. Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.

10. Klik [Hantar].

11. Dalam beberapa saat, skrin seperti di bawah dipaparkan secara automatik.

12. Pilih Icon Kata Laluan.

13. Masukkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.

14. Klik [SETERUSNYA].

15. Masukkan Kata Laluan.

16. Klik [LOG MASUK]. Paparan persetujuan perkongsian profil penguna dari Portal MyGovernment. Pengguna Klik “YA” bagi kebenaran perkongsian profil.

17. Pengguna kemudian akan dihalakan ke skrin laman utama aplikasi.

18. Klik [BORANG PERMOHONAN] Tabika Kemas Sesi Kemasukan 2021.

19. Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment melalui pautan di sini (http://www.malaysia.gov.my/portal-protected/familyprofile).

20. Aplikasi membuka skrin (tab) baharu dan menghalakan pemohon ke skrin Profil Keluarga di Portal MyGovernment.

21. Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.

22. Klik Icon + untuk mengisi semua maklumat anak yang diperlukan.

23. Setelah selesai mengisi semua maklumat, klik pada [SIMPAN].

24. Pemohon perlu kembali semula ke halaman utama dan Klik [BORANG PERMOHONAN] serta memilih nama anak yang ingin dipohon berdasarkan senarai dropdown.

25. Klik [HANTAR].

26. Klik [MULAKAN PERMOHONAN], skrin (tab) Profil Anak akan dipaparkan.

27. Masukkan/kemas kini maklumat kanak-kanak pada tab Profil Anak. Maklumat yang dipaparkan pada borang ini adalah berdasarkan maklumat anak yang telah didaftarkan terlebih dahulu melalui Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment.

28. Klik [Simpan].

29. Klik [OK].

30. Klik pada tab Maklumat Kesihatan.

31. Masukkan/kemas kini maklumat kesihatan kanak-kanak pada tab Maklumat Kesihatan.

32. Klik [Simpan].

33. Klik [OK], maklumat yang dimasukkan pada tab Maklumat Kesihatan akan disimpan.

34. Klik pada tab Maklumat Keluarga.

35. Masukkan/kemas kini maklumat keluarga pada tab Maklumat Keluarga.

36. Klik [Simpan].

37. Klik [OK].

38. Klik pada tab Maklumat Tanggungan.

39. Klik [Tambah Maklumat] untuk menambah maklumat tanggungan dan masukkan maklumat yang diperlukan.

40. Klik pada tab Pemilihan TABIKA.

41. Masukkan sekurang-kurangnya satu (1) pilihan TABIKA yang dipohon.

42. Klik [Simpan].

43.Klik [OK].

44.Klik pada tab Pengesahan.

45.Tick untuk membuat pengesahan.

46.Klik [Hantar Permohonan] untuk menghantar permohonan.

47.Klik pautan di sini untuk membuat semakan status permohonan di Portal MyGovernment.

48. Klik [Cetak] untuk mencetak borang permohonan.

49.Ikuti arahan melalui ruangan Perhatian seperti di bawah ini untuk meneruskan permohonan.

5-. Selesai untuk Permohonan Kemasukan Tadika Kemas 2022.

RUJUKAN

Untuk sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bagi memudahkan dan memberi manfaat kepada anda semua. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sumber rujukan : https://www.malaysia.gov.my/portal/content/31082 dan https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/manual_pengguna.pdf.

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH

SEMAK KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023 (ePRASEKOLAH KPM)