in

Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021

PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN ONLINE

Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021

Kami ingin berkongsi berita baik untuk usahawan mikro diluar sana yang masih belum mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ini masa yang baik untuk mendaftar, kenapa?

Sebab kini anda boleh memohon bagi pembiayaan perniagaan melalui Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 di bawah TEKUN Nasional.

Bca juga: cara ganti kad pengenalan melalui telefon

APAKAH SPIN 2.0?

Bagi anda yang masih belum mengetahui mengenai SPIN 2.0 ianya adalah merupakan satu skim pembiayaaan yang telah ditawarkan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan pihak SSM dan PBT atau usahawan yang berdaftar tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.

OBJEKTIF SPIN 2.0

Membantu usahawan mikro untuk memulihkan dan memulakan perniagaan yang terjejas akibat kesan daripada pandemik Covid-19 dan juga perlaksanaa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung wabak ini.
Bagi usahawan mikro yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Ogos 2021.

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro menerusi SPIN 2.0 adalah seperti berikut:

Usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau mendaftar perniagaan dengan SSM: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM 5,000.
Usahawan yang mempunyai lesen/permit atau mendaftar perniagaan dengan SSM yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM10,000.

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi SPIN 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
  2. Penjaja kecil.
  3. Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
  4. Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
  5. Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
  6. Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).

Syarat Pembiayaan

Syarat pembiayaan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan Bumiputera atau India dan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
  3. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  4. Pemohon mendapatkan pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  5. Pemohon mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan dengan SSM yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
  6. Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
  7. Bebas daripada tindakan kebankrapan aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web TEKUN Online melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.

Soalan Lazim

Berapakah kadar keuntungan bagi SPIN 2.0?

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0%.Berapa lamakah tempoh proses kelulusan bagi skim pembiayaan ini?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja (tertakluk pada terma dan syarat).Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi insurans?

Pembiayaan SPIN 2.0 dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.Adakah TEKUN melantik ejen/wakil untuk menguruskan skim pembiayaan ini?

Pihak TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan
permohonan pembiayaan ini.Saya merupakan peminjam TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon SPIN 2.0?

Ya, anda layak memohon Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021 ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan.

Pertanyaan Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai CBRM 2.0, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ atau merujuk kepada pejabat cawangan TEKUN Nasional yang berhampiran di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

 

2 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA GANTI KAD PENGENALAN MELALUI TELEFON

Cara Ganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isu Borang

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)