in

Cara Ganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isu Borang

CARA GANTI KAD PENGENALAN MELALUI TELEFON

Cara Ganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isu Borang

Berita baik buat anda diluar sana, jika sebelum ini anda boleh membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui secara online, kini hanya dengan panggilan telefon sahaja dan tidak perlu mengisi sebarang borang.

Setelah membuat panggilan, anda hanya tinggal ambil sahaja kad pengenalan tersebut jika sudah siap.

Bca juga: bantuan khas kematian kovid-19

SYARAT PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN

Ikuti sayarat-syarat ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan dalam penggantian kad pengenalan:

  1. Wargenegara Malaysia SAHAJA
  2. Permohonan untuk membuat gantian MyKad Biasa atau Kad/Cip Rosak
  3. Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar adalah TIDAK DIBENARKAN
  4. Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri SAHAJA.
  5. Caj kehilangan kad akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

BAYARAN YANG DIKENAKAN

  1. Bayaran bagi setiap permohonan akan dikenakan sebanyak RM10

Bagi kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad pengenalan. Caj kehilangan kad pengenalan akan dikenakan ke atas pemohon jika gagal kemukakan MyKad lama di kaunter.

PUSAT KUTIPAN
Pusat kutipan adalah di:

JPN PUYRAJAYA
JPN ZOOM
IBU PEJABAT JPN NEGERI
TALIAN HOTLINE

Berikut merupakan talian hotline yang perlu dihubungi untuk membuat permohonan gantian MyKad baharu

Talian Hotline: 03-8880-8066

WAKTU BEROPERASI
Hari: Isnin – Jumaat
Masa: 8 pagi – 5 petang

WAKTU REHAT
1 petang – 2 petang
Jumaaat: 12.15 tengahari – 2.45 petang

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Panduan untuk membuat cara ganti kad pengenalan melalui panggilan telefon

Hubungi talian hotline: 03-8880-8066
Maklumkan bahawa anda ingin membuat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau kad/cip rosak.
Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
Ambil kad pengenalan baharu, dan kemudian serahkan ke kaunter kad pengenalan laa anda lalu membuat pembayaran mengikut jumlah bayaran yang dikenakan.
Kami ingin menasihati anda supaya membuat temujanji dahulu jika ingin berurusan di kaunter JPN. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan orang ramai di musim pandemik ini.

Apa pendapat anda ?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow https://semakankeputusan.com/ untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: jpn

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    CARA DAFTAR BANK ISLAM ONLINE

    Cara Daftar Bank Islam Online

    PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN ONLINE

    Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021