in

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

Kalau duit gaji masuk dalam akaun Maybank, anda boleh buat pindahan sedikit-sedikit ke dalam akaun Tabung Haji. Manalah tahu, ada rezeki dipanggil untuk menunaikan fardhu Haji, tidaklah menggelabah nanti. Jadi, kami akan tunjukkan cara transfer Maybank ke Tabung Haji secara ringkas menggunakan maybank2u.com.my

Baca juga: Permohonan pinjaman tekun online 2021

1. Cara transfer Maybank ke Tabung Haji melalui laman web (maybank2u.com.my)

Berikut merupakan cara transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji menggunakan laman web maybank2u.com.my:

  1. Sila layari laman web maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my.
  2. Pada laman Login, masukkan My Username.
  3. Tekan LOGIN.
  4. Sila pastikan Imej dan Kata Laluan Sekuriti anda.
  5. Tekan Yes jika betul.
  6. Masukkan My Password.
  7. Tekan LOGIN.
  8. Laman MY ACCOUNTS akan terpapar.
  9. Sila pilih bahagian PAY & TRANSFER.
  10. Pada bahagian PAY/TRANSFER/RELOAD/TABUNG HAJI, sila klik TABUNG HAJI.
  11. Dalam laman TABUNG HAJI, lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    -Transfer From
    -Transfer To
  12. Sila tick pada bulatan Tabung Haji Account yang telah didaftarkan.
  13. Ringkasan Transfer To Tabung Haji Account akan dipamerkan.
  14. Sila pastikan Account Number anda tepat.
  15. Masukkan Transfer Amount.
  16. Masukkan Reference.
  17. Tekan butang TRANSFER.
  18. Anda diminta untuk semak maklumat anda pada notis Please Confirm The Details.
  19. Jika confirm, pilih SMS TAC atau method lain untuk pengesahan transfer.
  20. Tekan REQUEST.
  21. Masukkan TAC Number yang diterima melalui SMS.
  22. Tekan CONFIRM.
  23. Selesai.
  24. Sila SAVE RECEIPT untuk rujukan anda di masa hadapan.

PERHATIAN

Sebelum anda boleh transfer Maybank ke Tabung Haji, pastikan anda mendaftar akaun Tabung Haji di akaun Maybank anda terlebih dahulu.
Anda akan dikenakan caj RM1.00 bagi setiap urusan transfer anda.
Sila buat semakan baki Tabung Haji selepas transfer dari Maybank

2. Boleh transfer Maybank ke Tabung Haji menggunakan mobile app M2U dan MAE?
Tidak boleh.

Hasil semakan kami sendiri, memang tidak ada pilihan untuk buat pindahan dari Maybank ke Tabung Haji.

Walau bagaimanapun, ada pilihan untuk transfer Maybank ke ASB.

3. Cara mendaftar dan link akaun Tabung Haji di Maybank melalui mesin ATM
Jangan risau jika anda masih lagi mendaftar untuk link akaun Maybank dengan Tabung Haji.

Cara untuk mendaftar akaun Tabung Haji di Maybank adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menggunakan kad ATM Maybank anda.

Ikuti cara-cara mendaftar seperti di bawah:

  1. Gunakan mesin ATM Maybank berhampiran anda.
  2. Masukkan kad ATM Maybank.
  3. Pada skrin Menu, pilih Tabung Haji.
  4. Pada bahagian Tabung Haji, tekan Daftar Akaun Tabung Haji Kepada Kad ATM.
  5. Anda akan diminta untuk memasukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
  6. Jika sudah pasti, tekan YA untuk ke skrin berikutnya.
  7. Pada laman ini, sila masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji anda.
  8. Tekan YA untuk confirmation.
  9. Proses pendaftaran anda akan diproses.
  10. Slip Pendaftaran anda akan dicetak. Sila simpan sebagai rujukan.
  11. Pendaftaran anda telah selesai.

  PERHATIAN

Pendaftaran akaun Tabung Haji di Maybank hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

4. Adakah anda ada soalan lain atau menghadapi masalah?

Sekiranya anda ada sebarang soalan lain untuk diajukan atau menghadapi sebarang kesukaran untuk transfer duit Maybank ke Tabung Haji. Anda boleh menghubungi pihak Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

Sebagi tambahan, waktu urusan talian adalah 24 jam termasuk hari cuti.

Akhir kata

Semoga perkongsian mengenai cara transfer Maybank ke Tabung Haji ini dapat membantu urusan anda menjadi lebih mudah.Sekarang ini semua urusan sudah jadi lebih mudah dan cepat. Mahu atau tidak sahaja untuk menggunakannya.

Jika mahu bukan akaun untuk anak, anda boleh rujuk cara daftar Tabung Haji untuk anak.

Semoga bermanfaat.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN ONLINE

    Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021

    CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP

    CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)