in

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

Sepanjang PDPR dijalankan, banyak group chat di dalam whatsapp dan telegram diwujudkan sebagai medium interaksi antara para guru dengan pelajar. Pelajar seringkali terlepas pandang kerana terlampau banyak groupchat yang wujud.

Baru-baru ini, Telegram telah memperkenalkan ciri terbaru yang disediakan di platform tersebut. Telegram telah memperkenalkan Chat Folders. Hal ini dapat membantu pelajar mengasingkan group-group pembelajaran mereka.

Kami akan membantu anda untuk membuat chat folder tersebut.

Baca juga: Temujanji PUSPAKOM Online (Booking di mypuspakom.com.my)

Apakah Itu Chat Folders

Dengan adanya chat folders ini segala chat, chat group dan channel boleh diasingkan mengikut kategori yang anda sediakan sendiri. Anda boleh asingkan mengikut chat kawan anda, group belajar, group kerja, perkongsian informasi, blog, filem, lagu dan macam-macam lagi.

Kewujudan chat folder ini secara tidak lansung dapat membantu pelajar lebih focus dan tidak terlepas pandang segala sesi pembelajaran.

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

Telegram merupakan antara aplikasi media komunikasi yang boleh digunakan selain daripada Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Berikut adalah Langkah-langkah membuat chat folders.

Langkah 1 : Anda pergi ke akaun Telegram anda dan klik 3-garisan di bahagian kiri atas

Langkah 2 : Kemudian cari Setting

Langkah 3 : Seterusnya anda scroll ke bawah dan cari Folders

Langkah 4 : Jadi disini anda akan diberi arahan untuk sediakan Folders mengikut kategori yang anda tetapkan sendiri. Klik pada Add Chats dan pilih mana-mana chat (private, group, channel) untuk dihimpunkan di dalam folder yang anda tetapkan. Jika sudah selesai tekan Save

Langkah 5 : Jika sudah selesai, kesemua folders mengikut ketetapan anda sendiri akan dipaparkan. Anda boleh edit kembali dengan klik pada nama folders tersebut

Langkah 6 : Selesai! Anda boleh lihat kesemua folders yang anda buat, ianya akan terpapang di homepage Telegram anda

Cara Buat Folder Di Whatsapp

Whatsapp adalah medium komunikasi yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kami akan kongsikan cara membuat folder untuk whatsapp.

Mula-mula, tekan pada Group Whatsapp sampai keluar tanda
Kemudian, tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas tu.
Tekan Add Chat Shortcut.
Akhir sekali, nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.Siap!

Semoga dengan perkongsian cara buat folder ini dapat membantu para ibu bapa dan pelajar membuat pengasingan folder chat yang lebih sistematik.

 

11 Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji (Melalui maybank2u.com.my)

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP(Order and Collect)