in

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP(Order and Collect)

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP(Order and Collect)

IKEA adalah tempat untuk anda membeli barang kelengkapan rumah dan hiasan. Tapi berkunjung ke premis itu agak mencabar kerana dikunjungi orang ramai yang ingin beli belah perabot serta menjamu selera di kafenya. Tapi jika anda hanya ingin mendapatkan perabot, anda boleh melakukan secara dalam talian sekarang.

IKEA telah memperkenalkan satu lagi servis online terbaru bagi ‘Order and Collect’ atau ‘Pesan dan Ambil’ yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja. Lebih mudah dan lebih pantas.

Anda buat pesanan guna Whatsapp, pilih barang dan jika sudah siap, boleh terus ambil atau collect barangan tersebut di IKEA Tebrau dalam hari yang sama. Kami akan kongsikan cara beli barang ikea dengan mudah dan berkesan.

Baca juga: CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

Apa itu IKEA

Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon – memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah.

Berakar umbi dari pengedar perabot. Ingvar Kamprad merupakan pengusaha yang menbangunkan IKEA menjadi peruncit perabot. Ketika inilah penjelajahan rekaan perabot, dengan pemasangan sendiri, mula di iklankan dan penggunaan katalog serta bilik pameran untuk menawan hati ramai pelanggan.

CARA BELI BARANG IKEA Menggunakan Whatsapp IKEA Tebrau

Untuk lebih memudahkan pelanggan, IKEA memperkenalkan pula sistem aplikasi Whatsapp sahaja. Akan tetapi setakat ini pesanan melalui Whatsapp hanya ditawarkan di IKEA Tebrau sahaja.

Anda buat pesanan guna Whatsapp, pilih barang dan jika sudah siap, boleh terus ambil atau collect barangan tersebut di IKEA Tebrau dalam hari yang sama. Pesanan boleh dibuat setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 7 petang (pesanan terakhi pada jam 6 petang) hanya di IKEA Tebrau, Johor Bharu.

  1. Buat pesanan di nombor +011-1079 6748 melalui aplikasi Whatsapp
  2. Kemudian klik pada “ikon beli-belah”pada bahagian kanan atas untuk dapatkan katalok barangan IKEA. Masukkan pesanan dan sahkan.
  3. Anda boleh ambil semua barangan yang telah dipesan dan buat bayaran di kaunter IKEA Tebrau dalam masa 2 jam selepas pesanan dibuat
  4. Caj tambahan RM23 dikenakan bagi setiap transaksi
  5. Selesai

Cara BELI BARANG IKEA Menggunakan Whatsapp IKEA Cheras

Terma & Syarat

  1. Waktu operasi: 10.00 pagi -7.00 malam
  2. Masa pesanan terakhir: 5:00 petang
  3. Masa untuk pembayaran terakhir dan pengambilan di gedung: 7:00 malam
  4. Setiap pesanan penjualan melalui Pesan dan Ambil dalam Talian akan dikenakan bayaran pengambilan RM23 yang tidak akan dikembalikan.
  5. Setelah pengesahan setiap pesanan penjualan diterima, masa 1-2 jam diperlukan untuk menyiapkan kutipan barang di gedung. Pelanggan akan diberi slot waktu untuk membuat pembayaran dan pengambilan barang yang dibeli di gedung. Sekiranya pelanggan tidak sempat sampai pada slot waktu yang ditentukan, sila berhubung dengan jurujual di WhatsApp kami untuk atur slot di waktu yang lain untuk pembayaran dan pengambilan barang.
  6. Pesanan yang belum dibayar akan dibatalkan secara automatik selepas jam 7.00 malam.
  7. Setiap pesanan penjualan melalui Pesan dan Ambil dalam Talian terhad kepada pembelian maksimum 50 kuantiti setiap item dalam katalog WhatsApp sahaja.
  8. Pembelian melalui Pesan dan Ambil dalam Talian hanya untuk pengambilan sendiri di gedung tanpa pilihan pemasangan dan penghantaran disediakan. Untuk pembelian dengan pilihan penghantaran, pelanggan boleh membuat pembelian dalam talian di IKEA.my.
  9. Pertukaran dan pengembalian barang yang dibeli hanya boleh dilakukan setelah PKP telah tamat dan gedung dapat dibuka semula kepada pihak umum. Untuk sebarang pertanyaan pertukaran dan pengembalian, pergi ke https://www.ikea.com/my/ms/customer- service/returns-claims/return-policy/ 
  10. Pembayaran dan pengambilan pesanan yang dibeli boleh dibuat di kaunter pembayaran sahaja. Kami menerima wang tunai, kad debit/kredit termasuk Pelan Bayaran Ansuran (pembelian minimum RM500) dan Kad Hadiah IKEA, serta kad Touch n’ Go (TnG) dan pengesahan tiket tempat letak kereta.

Semoga dengan perkongsian cara beli barang ikea ini dapat membantu anda membuat belian barangan ikea dengan pantas dan mudah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM/WHATSAPP(Mudah Nak Simpan & Cari Dokumen/Kerja Sekolah)

MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700.

MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700.