in

MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700.

MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700.

MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700.

MySalam Tuntutan Covid kini boleh dituntut oleh rakyat Malaysia. Pesakit wabak ini, kini boleh memohon skim perlindungan kesihatan percuma iaitu mySalam COVID-19. Kami akan kongsikan kepada anda cara mudah & info lengkap di dalam artikel ini.

MySalam telah ditubuhkan kerajaan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Jika anda mempunyai penyakit lain, anda juga boleh daftar MySalam.

Baca juga: Temujanji puspakom online

Manfaat & Jumlah Tuntutan MySalam Covid

  • Pembayaran elaun hospitalisasi adalah sebanyak RM50 untuk satu malam.
  • Terhad untuk 14 hari setahun sahaja (Maksimum RM700)
  • Contoh : Kuarantin 10 hari (RM50 x 10), anda akan dapat RM500.

Syarat Kelayakan MySalam

Bagi pemohon yang ingin memohon & daftar MySalam ini, berikut adalah syarat yang anda perlu tahu :

  1. Berumur 18 – 65 tahun & berpasangan
  2. Bujang berumur 40 – 65 tahun, berpedapatan kurang RM24,000 setahun
  3. OKU berumur 18 – 65 tahun, berpendapatan kurang RM24,000 setahun

Cara Tuntut MySalam Covid 19

Untuk proses tuntutan penyakit Covid 19 ini, ikuti langkah berikut :

  1. Lawat portal rasmi Mysalam & tekan ‘Log Masuk Ke Portal’ : https://www.mysalam.com.my/
  2. Pergi ke Log Masuk Kali Pertama, dan masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Kata laluan anda akan dihantar melalui SMS.
  4. Tekan Tuntutan & Penyerahan Tuntutan.
  5. Kemudian tekan Tuntutan Hospitalisasi.
  6. Isi butiran tarikh masuk wad (mula kuarantin), tarikh keluar wad (tamat kuarantin) & Nama tempat kuarantin.
  7. Muat naik dokumen : Salinan Kad Pengenalan depan & belakang, Nota Discaj atau Surat perintah kuarantin KKM.
  8. Klik Lampirkan, & tekan Hantar.

Dokumen Yang Diperlukan Bagi MySalam Tuntutan Covid 19

Berikut adalah dokumen yang diperlukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan berkaitan Covid :

1. Jika anda positif Covid :

  • Nota discaj yang mengesahkan diagnosis
  • Salinan IC depan belakang

2. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di Pusat Kuarantin :

  • Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  • Salinan IC depan belakang

3. Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di kediaman sendiri :

  • Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
  • Salinan IC depan belakang

FAQ Soalam Lazim

Berapakah jumlah tuntutan untuk MySalam Covid 19?

  • Pemohon yang berkelayakan boleh tuntut RM50 untuk 1 malam. Terhad untuk 14 hari sahaja.

Jika kuarantin secara sukarela, bolehkah tuntut MySalam?

  • Jika anda self-quarantine (Kuarantin sukarela), anda tidak boleh tuntut sebarang bayaran daripada MySalam.

Bagaimanakah cara membuat tuntutan berkaitan jangkitan Covid 19 ini?

  • Sila buat tuntutan kepada MySalam dan muat naik dokumen yang diperlukan. Rujuk website ini untuk panduan mudah.

Saya bukan penerima BSH. Bolehkan saya memohon MySalam?

  • Tidak. Sila mohon BSH terlebih dahulu sebelum memohon MySalam.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut & sebarang pertanyaan, sila hubungi MySalam di talian 1 300 88 8938.

Semoga berjaya dalam permohonan Mysalam tuntutan Covid anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP

CARA BELI BARANG IKEA GUNA WHATSAPP(Order and Collect)

cara daftr lesen memandu 2021

Cara Daftar Lesen Memandu 2021 (Untuk Kereta & Motor)