Moratorium CIMB Loan Kereta : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank 2021
Perdana Menteri Malaysia telah mengumukan moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan. Malah, tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan. Proses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan mendapat keistimewaan yang sama rata. Bagi meringankan bebanan peminjam yang terjejas berikutan Covid-19 dan PKP Total Lockdown 3.0, CIMB juga memberikan lanjutan moratorium.
Sejajar dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia pada 28 Jun 2021, CIMB Bank telah memperluaskan Program Bantuan Bayaran yang menawarkan pilihan bantuan seperti berikut :
- Penangguhan bayaran selama 6 bulan atau
- Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
Kepada pelanggan yang memerlukan bantuan boleh hubungi Pihak CIMB Bank terlebih dahulu bagi membincangkan pilihan bantuan kewangan yang bersesuaian. Peminjam diberi jaminan bahawa sebarang bantuan kewangan yang mereka pilih tidak akan mempengaruhi status CCRIS (“Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat”) mereka.
Baca Juga : Cara Renew Lesen SSM Online Bagi Tahun 2021
Cara Memohon Moratorium CIMB Bank Loan Kereta
Untuk peminjam CIMB bank, anda boleh membuat permohonan moratorium ini secara online. Di bawah adalah cara memohon moratorium CIMB Bank Hire Purchase Loan :
- Layari portal : Payment Assistance Programme Oleh CIMB Bank
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan No Akaun Pinjaman Kereta anda
- Tekan Proceed
- Sila ikuti arahan selanjutnya untuk lengkapkan permohonan anda
- Tick bahagian agreement jika anda setuju dengan semua syarat
- Tekan Submit Permohonan
Permohonan penangguhan bayaran bulanan loan kereta
Permohonan no fon baru..
Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Kenderaan
Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Kenderaan
SAYA EN RAMLAN MOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK LOAN KERETA BERNOMBOR PENDAFTARAN WVL 9664