in

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA

PENGENALAN

Taman Teknologi Tinggi Kulim (Bahasa Inggeris: Kulim Hi-Tech Park) merupakan suatu kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kulim, Kedah. Taman teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam pembangunan industri. Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah disiapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1,450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi tinggi pembuatan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi cara hidup moden yang sihat.Taman Teknologi Tinggi Kulim dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-tech Kulim.

JAWATAN KOSONG PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – N41
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – JA29
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PEMBANTU PENGUAT KUASA – KP19
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM1,360 – RM4,052
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – N19
    Taraf: Kontrak
    Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Keutamaan diberikaan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
    *Maklumat lengkap syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Akademik;
  • Salinan Sijil Ko-kurikulum;
  • Salinan dokumen berkaitan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
LOT 01-03, KHTP ADMINISTRATIVE CENTRE,
KULIM HI-TECH PARK,
09090 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 DISEMBER 2021, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

JAWATAN LAIN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RFID

RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA

TEMUDUGA KHAS KARNIVAL KERJAYA GIG

TEMUDUGA KHAS KARNIVAL KERJAYA GIG – Pelbagai Jawatan Di 8 Buah Syarikat